Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Kerja Pencacai Merosakkan Perdana Menteri Dan UMNO

Adalah suatu yang luarbiasa apabila UMNO BN dapat bangkit dengan cepat dari kekalahan pada pilihanraya umum ke 14. Kalau diamati apa terjadi...


Adalah suatu yang luarbiasa apabila UMNO BN dapat bangkit dengan cepat dari kekalahan pada pilihanraya umum ke 14. Kalau diamati apa terjadi kepada parti politik di luar negara yang begitu kuat dan menerima nasib seperti UMNO BN, mereka mengambil masa yang agak lama malah ada yang terus tidak berjaya untuk bangkit kembali.

Liberal Democratic Parti (LDP), parti politik di Jepun adalah sebuah parti yang kuat dan akhirnya tumbang di  satu pilihanraya umum mengambil masa lapan tahun untuk memenangi kembali hati rakyat. LDP memerintah berdekad lamanya namun kalah pada pikihanraya umum 1993.

Parti Golkar di Indonesia adalah sebaliknya. Dilihat begitu kebal dan tidak akan runtuh umpama Gunung Everest namun akhirnya kalah dengan teruk dan dilihat tidak bangkit sehingga ke hari ini malah semakin mengecil bilangan anggota di dalam parlimen.

UMNO sungguh bernasib baik. Kalah pada pilihanraya umum ke 14, menjadi pembangkang selama 22 bulan, lapan belas bulan bersama dengan parti politik lain yang berbeza ideologi membentuk kerajaan campuran yang mana Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan akhirnya menerajui negara dengan Dato Seri Ismail Sabri dipilih oleh majoriti ahli parlimen sebagai Perdana Menteri bagi menggantikan Muhyiddin Yasin.

Perjalanan UMNO BN selepas kalah itu bukanlah suatu yang mudah. Walaupun Perdana Menteri yang dipilih oleh ahli parlimen tetapi pemilihan tersebut adalah bagi memastikan yang dipilih itu mampu untuk membela rakyat dan negara. Apatah lagi kesan dari pandemik covid19 sememangnya memerlukan pemimpin yang berani serta bijaksana membuat keputusan dan bukannya pemimpin yang mementingkan diri sendiri.

Banyak perkara perlu dirancang dan dilaksanakan agar rakyat dan negara dapat mendepani kehidupan kesan daripada pandemik itu dan PM Ismail Sabri melalui Kerajaan Keluarga Malaysia dilihat berjaya menyatukan rakyat dan kerajaan untuk sama-sama bergerak mengharungi kesan daripada virus covid19 yang sehingga kini belum pulih sepenuhnya.

Tetapi ada pihak yang dilihat cuba menggagalkan usaha PM Ismail Sabri melalui kerajaan Keluarga Malaysia. Malah pencacai-pencacai ini dilihat ‘berjubah UMNO BN’, bercakap di pentas politik dan ‘live YouTube’ serta di merata platform internet kononnya mereka adalah ‘orang UMNO BN’ namun kalau diamati, pencacai ini tidak pernah secara agresif menyerang parti politik musuh UMNO tetapi sebaliknya memilih Perdana Menteri sebagai sasaran utama.

Apabila langkah mereka menjerut leher sendiri dengan ludah fitnah terpercik ke muka masing-masing, mereka tidak langsung menunjukkan tanda-tanda memohon maaf kepada Perdana Menteri dan ahli UMNO BN keseluruhannya.

Tujuan ‘pencacai yang bertuan’ ini mudah dibaca, memusnahkan UMNO BN dari dalam. Peliknya, ada ahli UMNO BN yang termakan dengan hasutan dan fitnah jahat pencacai berbayar ini.

Kalaulah ahli parlimen dari pelbagai parti politik boleh memilih dan menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, kenapa pencacai berbayar begitu sibuk membuat kerja merosakkan imej Perdana Menteri dari UMNO BN ini?

Siapa pembayar kepada pencacai?

No comments

Ads Place