Ketika YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri mengambil alih jawatan Perdana Menteri dan melancarkan konsep kerajaan Keluarga Malaysia, ...
Ketika YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri mengambil alih jawatan Perdana Menteri dan melancarkan konsep kerajaan Keluarga Malaysia, jelas memberi gambaran bahawa corak pentadbiran beliau mengutamakan kemakmuran rakyat dan memulihkan ekonomi negara di landasan yang sepatutnya akibat daripada kesan pandemik covid 19 yang melanda dunia.
Keberanian di dalam membuat keputusan dengan mengenepikan kepentingan politik peribadi, PM Ismail Sabri berjaya meyakinkan rakyat bahawa Kerajaan Keluarga Malaysia adalah untuk semua dan bukan hanya tertumpu kepada kemakmuran satu kelompok sahaja.
Di awal pakej pemulihan akibat pandemik covid19, PM Ismail Sabri mengumumkan bantuan agar disalurkan segera kepada bukan sahaja golongan berpendapatan rendah malah kepada pemilik gerai jalanan hinggalah kepada sektor sederhana. Di dalam pakej pemulihan tersebut, tiada pihak yang ketinggalan. Semuanya mendapat bantuan dan manfaat dari Kerajaan Keluarga Malaysia.
Apa sahaja musibah termasuk banjir, termasuk ketika itu sekiranya PM Ismail Sabri berada di luar negara atas urusan rasmi kerajaan, bantuan awal pasti akan menyusul sejurus insiden berlaku.
Ketika lonjakan harga barang keperluan harian rakyat secara tiba-tiba seperti harga ayam segar akibat ‘permainan’ kartel, PM Ismail Sabri membuat keputusan drastik iaitu memansuhkan AP impot ayam dengan tujuan mematikan langkah kartel dan juga orang tengah yang sentiasa memanipulasikan harga runcit ayam segar dan akhirnya keadaan tersebut dapat distabilkan di dalam masa yang singkat malah harga ayam tersebut juga lebih rendah dari harga siling yang ditetapkan.
Begitu juga dengan krisis bekalan minyak masak berpaket plastik 1kg. PM Ismail Sabri dengan segera mewujudkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi. Pasukan ini bukan sahaja tertumpu untuk menyelesaikan isu penyeludupan minyak tersebut ke negara jiran tetapi ianya lebih kepada bagaimana Malaysia mengekang kadar inflasi yang akhirnya menjadikan negara ini antara yang terendah kadar inflasi berbanding dengan negara lain di dunia.
Walaupun ada suara jahat dan sumbang yang cuba merosakkan imej Perdana Menteri dengan fitnah liar tetapi sikap PM Ismail Sabri yang tenang, kurang bercakap dan menumpukan kepada setiap perancangannya menyebabkan rakyat boleh melihat siri kejayaannya di sepanjang beliau memimpin kerajaan Keluarga Malaysia.
UMNO bertuah dan beruntung kerana Perdana Menteri yang berjaya mengeluarkan negara dari kemelut covid19 adalah dari partinya.
UMNO juga turut bertuah dan beruntung kerana Ismail Sabri berjaya mengembalikan kepercayaan rakyat kepada partinya melalui kepimpinan yang dibuktikan oleh Ismail Sabri melalui Kerajaan Keluarga Malaysia.
Tidak salahlah ‘Top 5’ UMNO memilih Ismail Sabri sebagai calon tunggal UMNO BN sebagai Perdana Menteri bagi pilihanraya umum ke 15.
No comments