Undang-undang dan perlaksanaan hukuman di negara ini bukan berdasarkan ‘membalas dendam’ dan mengikut hawa nafsu pemimpin atau pihak tertent...
Undang-undang dan perlaksanaan hukuman di negara ini bukan berdasarkan ‘membalas dendam’ dan mengikut hawa nafsu pemimpin atau pihak tertentu.
Kedaulatan Undang-undang tertegak apabila kerajaan yang memerintah berjaya membuktikan dengan jelas konsep pengasingan kuasa di antara pihak Eksekutif, Legaslatif dan Judisiari.
Negara yang berjaya mengamalkan dengan telus konsep tersebut akan dihormati oleh negara lain di dunia malah kestabilan pemerintahan juga akan berkekalan kerana musuh politik tidak boleh menjadikannya sebagai modal untuk menghasut rakyat menentang kerajaan.
Buktinya cukup jelas apabila kerajaan Pakatan Harapan dilihat ‘mempermainkan’ undang-undang dengan mengenepikan beberapa kes (manarik balik atau dihentikan/NFA) yang di antaranya sedang dalam proses perbicaraan. Akibatnya kerajaan Pakatan Harapan dicemuh oleh rakyat sendiri dan hanya mampu bertahan selama 22 bulan sahaja.
Adakah Kerajaan Keluarga Malaysia perlu ‘bersifat’ sama seperti kerajaan Pakatan Harapan? Perlukah mencampuri urusan mahkamah bagi kes terpilih demi mencari pengaruh politik dan mengenepikan perasaan rakyat?
Keberanian dan ketelusan Kerajaan Keluarga Malaysia terbukti apabila Perdana Menteri dengan jelas berjanji akan menyiasat kandungan buku tulisan Tommy Thomas.
Pasukan Petugas Khas telah dibentuk dan beberapa pihak yang terlibat telah dipanggil. Laporan interim sedang diperincikan.
Janganlah memesongkan fakta. Ketika PM Ismail Sabri mengambil alih jawatan perdana menteri, fokus utama beliau adalah membantu rakyat dan negara yang terkesan teruk dengan pandemik covid 19.
Ekonomi dan politik perlu distabilkan segera dan perkara lain menyusul mengikut perancangan yang disusun rapi oleh beliau.
Adakah setelah ‘Bossku’ dijatuhkan hukuman penjara maka penyokong berubah menjadi seperti pencacai upahan dengan menghalakan serangan berniat menyalahkan Perdana Menteri ke atas apa yang dilakukan oleh kerajaan yang terdahulu?
Bertindak biarlah bijak dan bukannya dengan sogokan dedak.
No comments