Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Kejayaan PM Ismail Sabri Memulihkan Ekonomi Negara

Tindakan YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri membuka keseluruhan sektor ekonomi secara drastik adalah merupakan keputusan yang tepat ...


Tindakan YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri membuka keseluruhan sektor ekonomi secara drastik adalah merupakan keputusan yang tepat pada masanya.

Hasilnya, ekonomi negara semakin pulih setelah selama ini negara berhadapan dengan pandemik covid19 dan rakyat juga berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Negara berjaya berada di dalam Fasa Peralihan ke Endemik di mana keseluruhan sektor ekonomi dibuka dan mula bergerak seperti sediakala dan di waktu yang sama sempadan negara juga dibuka bagi merancakkan sektor pelancongan serta aktiviti-aktiviti ekonomi yang lain juga.

Berdasarkan statistik, di sebalik tekanan inflasi, nilai jualan perdagangan borong dan runcit negara turut mencatatkan rekod baharu iaitu RM129.8 bilion pada bulan Mei dan ianya pencapaian tertinggi sejak Mei 2013.

Walaupun seluruh dunia terjejas dengan inflasi namun kadar inflasi di Malaysia adalah pada 3.4% iaitu berada di dalam senarai 10 negara terendah inflasi di Asia.

Menurut kajian oleh World Economic Forum juga mendapati Malaysia berkedudukan kedua terbaik di rantau Asia Tenggara dalam indeks daya saing dan berada di tangga ke 32 dunia.

Dunia menilai Malaysia lebih baik di sebabkan negara kita mempunyai asas yang kuat di dalam penyelesaian pandemik covid19, ekonomi dan menstabilkan keadaan politik negara dengan kadar yang cepat.

Kestabilan politik antara faktor utama yang menarik pelaburan asing di mana Malaysia sudah pun mencapai ‘Foreign Direct Investment (FDI)’ sebanyak RM48.1 bilion bagi tahun 2021 berbanding RM13.3 bilion pada tahun sebelumnya.

Angka pelaburan ini menunjukkan bahawa Malaysia di dalam ekonomi global sedang menunjukkan pemulihan secara beransur-ansur selepas kesan selama dua tahun pandemik covid19 dan juga ketidakstabilan politik negara.

Kesemua ini boleh dicapai kerana kita memiliki seorang Perdana Menteri yang faham dan bijak mengatur strategi serta berani membuat keputusan yang tidak popular dan sanggup berdepan dengan kritikan.

Banyak yang telah ditunjukkan oleh PM Ismail Sabri, antaranya bagaimana Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan beliau berhadapan dengan kartel yang menguasai harga pasaran ayam segar selama ini.

Pelbagai tohmahan jahat sebelum ini terjawab dengan keputusan yang berani dari PM Ismail Sabri yang akhirnya tidak sampai pun dua bulan seperti yang dijangkakan, harga ayam jauh lebih rendah dari harga siling yang dicadangkan. Hari ini harga runcit ayam segar berada pada RM4.30 sekilogram berbanding harga siling yang dicadangkan RM9.40 sekilogram.

Ini adalah kejayaan kepada tindakan dan keberanian PM Ismail Sabri.

No comments

Ads Place