UMNO tertubuh sebagai wadah perjuangan orang Melayu untuk membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah. UMNO dianggap sebagai tulang belaka...
UMNO tertubuh sebagai wadah perjuangan orang Melayu untuk membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah.
UMNO dianggap sebagai tulang belakang kepada gabungan parti yang mewakili etnik besar yang lain di dalam misi mendapatkan kemerdekaan negara.
Pemimpin UMNO datang dan pergi. Pemimpin dan ahli yang setia akan terus kekal bersama UMNO selepas negara merdeka dan UMNO mula dilihat sebagai wadah perjuangan hak dan keistimewaan orang Melayu. Parti komponen yang bersama dengan UMNO juga sebagai wadah kepada kepentingan kaum masing-masing.
UMNO bergerak berasaskan kebersamaan dan kesetiaan. Onn Jaafar walaupun beliau adalah pengasas UMNO namun kerana perbezaan pandangan. Beliau meninggalkan UMNO dan UMNO ada pemimpin pengganti. Begitu juga Mahathir, selama 22 tahun menjadi Presiden UMNO tetapi apabila beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan UMNO, parti tetap ada pengganti.
Ada pihak seperti Lokman, Zamil Ibrahim dan beberapa orang lagi yang seumpamanya cuba membawa ahli UMNO ‘mendewakan’ pemimpin tertentu dengan menanam rasa taksub terhadap mereka. Ini terang-terang salah dan bukannya apa yang UMNO amalkan selama ini.
UMNO ada ‘kilang pelapis’ yang sentiasa bersedia untuk memikul tanggungjawab memimpin parti dan kerajaan di dalam apa juga keadaan.
Buktinya cukup jelas. Apabila UMNO BN kalah di pilihanraya umum ke 14, tiada siapa yang dapat menyangka bahawa Ismail Sabri berjaya menjadi Ketua Pembangkang yang digeruni. Beliau berjaya menggugat kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Mahathir walaupun Mahathir mempunyai pengalaman menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.
Itulah sebenarnya kekuatan UMNO. Sentiasa mempunyai pemimpin yang berkaliber. Malah tiada siapa yang menjangkakan YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri mampu mengajak kesemua pemimpin parti pembangkang untuk duduk semeja menandatangani memorandum persefahaman yang mana meletakkan keutamaan fokus kepada rakyat dan negara.
Mempunyai perwatakan yang sederhana tetapi bijak menyusun pelan pemulihan rakyat dan negara akibat daripada kesan covid19, sehinggakan kadar pemulihan ekonomi negara dan rakyat antara yang terpantas di rantau ini.
Penurunan kadar inflasi, kecepatan pertambahan rakyat yang bekerja serta Keluaran Dalam Negara Kasar memberi indikasi yang positif mendahului negara jiran yang lain di ASEAN dan menjadi antara negara yang terbaik menguruskan program vaksinasi kebangsaan bagi membendung penularan virus yang merbahaya itu.
Apa yang Lokman dan Zamil ingin nafikan tentang kepimpinan Ismail Sabri yang telah terbukti ini? Adakah kerana Ismail Sabri bukannya batang tubuh yang mudah diperdayakan oleh kumpulan yang ‘bertuhankan duit’ ini?
UMNO melepasi ujian membawa negara kepada kemerdekaan, kini UMNO perlu buktikan ianya sebuah parti yang mampu membawa rakyat mengisi pengertian kemerdekaan.
Masih banyak kerja yang perlu dilaksanakan, masih ramai yang perlu dibantu dan pelan pemulihan negara masih perlu diteruskan.
Jangan kerana kepentingan poket sendiri maka parti keramat UMNO ingin dikorbankan.
No comments