Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Kapal Perang LCS: Perbezaan Tindakan Dan Penyelesaian Antara Perdana Menteri, Pembangkang

Isu kapal perang LCS menjadi topik utama negara buat masa ini. Tidak dinafikan pembinaan kapal perang LCS ada masalah dan mula mendapat perh...


Isu kapal perang LCS menjadi topik utama negara buat masa ini. Tidak dinafikan pembinaan kapal perang LCS ada masalah dan mula mendapat perhatian ramai pihak termasuk rakyat sendiri.

‘Keributan’ yang terjadi adalah kerana pihak yang mengendalikan laporan melalui Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dilihat seperti tidak kompeten di dalam penyampaian laporan sehingga menimbulkan polemik.

Timbul persoalan bagaimana laporan yang disiapkan dengan secara terperinci lengkap dengan gambar dan data progres peratusan kerja boleh dengan tiba-tiba menjadi ‘laporan palsu’ apabila seluruh ahli parlimen pembangkang termasuk Anwar Ibrahim membuat kenyataan seolah projek tersebut tidak pernah berjalan?

Lagi menambah kekeliruan adalah anggota jawatan kuasa PAC sendiri seolah sengaja menimbulkan kenyataan yang mengelirukan. Bagaimana Nurul Izzah, ahli parlimen PKR Permatang Pauh tidak menjelaskan dengan setelusnya apakah sebenarnya yang berlaku kepada projek kapal perang tersebut dan bagaimana cadangan yang dibuat oleh PAC. Apakah anggota jawatan kuasa PAC menyalahgunakan kuasa?

Rakyat dan sesiapa sahaja yang mendengar kenyataan dari pihak pembangkang akan terus menerus keliru dan boleh menimbulkan suasana tidak harmoni akibat ketegangan atau perselisihan pendapat. Semuanya kerana ada pihak yang cuba menjadikan isu kelewatan pembinaan kapal tersebut sebagai modal politik dan tidak diperjelaskan dengan betul.

Rakyat boleh menilai sendiri bagaimana cara kerajaan Keluarga Malaysia yang dipimpin oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri menguruskan isu tersebut.

PM Ismail Sabri dengan pantas mengarahkan agar SPRM segera menjalankan siasatan. 

PM juga mengarahkan agar Laporan Jawatan Kuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan dibenarkan untuk disiarkan kepada umum.

Dan Laporan Pengauditan Forensik Projek LCS yang dijalankan pada tahun 2019 dicadangkan supaya dinyahklasifikasi ( declassify).

Malah pihak ‘pelanggan’ sendiri iaitu Tentera Laut Di Raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan majlis pelancaran kapal perang LCS yang turut dijadikan isu oleh pihak yang cuba mempolitik isu ini. (Rujuk kepada surat kenyataan rasmi di bawah)

Masih menjadi tandatanya, kenapa pihak PAC masih tidak tampil untuk perbetulkan duduk perkara sebenar projek LCS seperti yang mereka sendiri nyatakan di dalam dokumen laporan rasmi PAC?

Malah sudah mula kedengaran ada ahli parlimen pembangkang yang cuba menghasut rakyat untuk turun ke jalanraya berdemostrasi.

Rakyat boleh membuat perbandingan mudah, pihak mana yang begitu telus di dalam isu ini dan pihak mana yang tiada sebarang cadangan penyelesaian selain cuba membangkitkan kemarahan rakyat melalui kenyataan yang mengelirukan.

Syabas PM Ismail Sabri, sekali lagi tampil dengan keputusan yang berani dan betul.



No comments

Ads Place