Perhimpunan Amanat Khas Presiden yang berlangsung pada Ahad lalu membuktikan Ismail Sabri lebih mengutamakan nama baik parti UMNO walaupun a...
Perhimpunan Amanat Khas Presiden yang berlangsung pada Ahad lalu membuktikan Ismail Sabri lebih mengutamakan nama baik parti UMNO walaupun ada pihak yang gegak gempita dan jerit pekik cuba menghina beliau dengan laungan ‘boo’ apabila namanya disebut di pentas dewan PWTC.
Amatilah sendiri, setiap hari PM Ismail Sabri berusaha meyakinkan rakyat betapa hanya kerajaan pimpinan UMNO BN sahaja yang boleh berlaku adil dan membawa manfaat kepada rakyat dan negara.
Jangan terikut rentak musuh dalam selimut yang menghasut, mereka sedang tertawa apabila berjaya meracuni pemimpin tertentu dan ahli parti menghina Perdana Menteri dari UMNO sendiri.
Kami teguh bersama Pimpinan tertinggi UMNO dan menghormati keberadaan dan kedudukan Perdana Menteri DS Ismail Sabri mewakili UMNO dalam kerajaan Keluarga Malaysia.
Robiah Binti Abd Rani
Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Bintang
No comments