Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Himpunan PWTC Hanya Untuk Timbulkan Kemarahan Kepada Perdana Menteri

Semalam ahli UMNO yang datang ke majlis penerangan isu Najib di penjara tertipu. Agenda sebenar adalah untuk menimbulkan kemarahan ahli UMNO...


Semalam ahli UMNO yang datang ke majlis penerangan isu Najib di penjara tertipu.

Agenda sebenar adalah untuk menimbulkan kemarahan ahli UMNO yang datang terhadap Perdana Menteri dan ianya berjaya apabila ada ahli yang hilang hormat kepada Perdana Menteri sehingga sanggup menjerit “boo”. 

Ahli UMNO yang hadir terdiri daripada ketua-ketua bahagian(tidak semua) dan ahli biasa. Selepas program tersebut, kesemuanya pulang ke tempat masing-masing dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi mulakan mesyuarat.

Apa yang berlaku di dalam mesyuarat tersebut adalah berlawanan dengan apa yang telah terjadi di dalam dewan sebelumnya.

Azalina yang begitu ‘garang’ ucapannya berkaitan dengan perlantikan peguam negara, menikus ketika mesyuarat kepimpinan UMNO tersebut.

Presiden UMNO Zahid Hamidi yang sebelumnya dilihat berapi-api ketika berucap di hadapan ahli UMNO yang hadir telah membuat pengumuman di hadapan ahli majlis kerja tertinggi bahawa beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri mengenai tarikh pilihanraya umum ke 15.

Mesyuarat berjalan di dalam suasana baik dan harmoni, jadi apa gunanya perhimpunan di dalam dewan sebelumnya? Adakah Zahid diperbodohkan oleh ‘Geng 13’ atau beliau sengaja memperbodohkan ahli UMNO yang hadir?

Strategi apa sebenarnya malam tadi?

No comments

Ads Place