Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Betulkah Langkah UMNO Mempercayai Zaid Ibrahim?

Tiba-tiba nama Zaid Ibrahim ‘meletup’ di arena politik Malaysia setelah sekian lama namanya dianggap sudah berkubur. Siapa tidak kenal Zaid?...


Tiba-tiba nama Zaid Ibrahim ‘meletup’ di arena politik Malaysia setelah sekian lama namanya dianggap sudah berkubur.

Siapa tidak kenal Zaid? Pemilik firma guaman yang pernah menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan portfolio undang-undang. Kemudian menjadi calon PKR menentang calon BN di pilihanraya kecil Hulu Selangor pada tahun 2010 dan beliau tewas.

Akhirnya pada tahun 2017 sebelum pilihanraya umum ke 14, beliau membuat kejutan dengan mengumumkan penyertaaannya ke dalam parti DAP sebagai ahli seumur hidup.

Ketika menjadi ahli seumur hidup DAP, Zaid menyerang UMNO BN terutamanya Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak. 

Serangan fitnah jahat beliau termasuk ke atas isu 1MDB umpama tiada belas kasihan dan kesanggupan beliau merosakkan imej Najib Razak ketika itu begitu melampaui batas. Hinggakan beliau dilabel sebagai ‘anjing DAP’.

Tiba-tiba nama Zaid menjadi ‘siulan’ ahli UMNO yang setia seolah beliau adalah wira yang menyelamatkan Najib Razak?

Beliau begitu pandai menyusun strategi menyusup masuk untuk menjadi ‘orang penting’ UMNO. Bermula dengan setiap hari menghantar ciapan di aplikasi Twitter peribadinya berkisar dengan mengulas isu kes SRC yang dihadapi oleh Najib Razak. Beliau pandai menggunakan kedudukannya sebagai seorang peguam senior di dalam setiap isu yang dilontarkannya.

Kemudian, Najib melantik beliau sebagai peguam belanya bagi menggantikan Tan Sri Shafie yang selama ini mengendalikan kes rasuah SRC tersebut. Ini mendapat pelbagai reaksi dari ahli UMNO sendiri. Apa yang terjadi?

Di saat akhir, Najib Razak membuat lagi sekali keputusan yang mengejutkan ahli UMNO apabila menggugurkan Zaid dengan menggantikannya dengan pasukan peguam yang lain termasuk di saat akhir Najib membawa masuk semula Shafie sebagai peguam belanya.

Kini setelah Najib Razak dihukum penjara, Zaid dijadikan panglima perang UMNO?

UMNO ingin ‘berperang’ dengan institusi kehakiman untuk kemenangan di pilihanraya umum ke 15 atau ingin berdepan dengan musuh politiknya?

Rakyat dan juga pengundi atas pagar ingin mendengar apakah yang UMNO BN bakal sajikan kepada mereka dan bukannya kisah di mahkamah dijadikan satira kempen pilihanraya.

Rakyat semakin cerdik, UMNO?

No comments

Ads Place