Penjelasan Azalina Othman, YB Parlimen Pengerang Johor yang juga Penasihat Undang-undang kepada Perdana Menteri berhubung jawatan Peguam Neg...
Penjelasan Azalina Othman, YB Parlimen Pengerang Johor yang juga Penasihat Undang-undang kepada Perdana Menteri berhubung jawatan Peguam Negara bukanlah memberi impak positif kepada PM tetapi memberi gambaran buruk kepada Perdana Menteri dan UMNO itu sendiri.
Kemana acuan yang UMNO ingin tonjolkan kepada rakyat? Sebuah parti politik yang akan bertindak sewenangnya apabila diberi mandat kuasa oleh rakyat?
Apakah Azalina maksudkan UMNO BN akan bebas melakukan apa sahaja termasuk membebaskan siapa sahaja dari UMNO yang didakwa di mahkamah?
Kenyataan Azalina boleh mengundang persepsi buruk terhadap UMNO BN sekiranya dipilih sebagai kerajaan pusat. Malaysia bakal menjadi negara sarkas apabila institusi mahkamah dipengaruhi oleh parti politik yang memerintah negara.
Mahkamah Malaysia bakal menjadi bahan perlecehan bagi negara luar dan ini boleh menyebabkan ekonomi negara berada di ambang bahaya. Negara mana berani untuk berurusan dengan Malaysia sekiranya sistem perundangan negara dirosakkan oleh parti politik yang memerintah.
Jangan mencari pengaruh politik dengan menjual kedaulatan undang-undang.
Azalina tidak layak berada sebagai penasihat undang-undang kepada PM kerana apa yang beliau lakukan semalam mencerminkan sikap tidak profesional beliau dan pasti akan lebih parah apabila PM dinasihati oleh manusia yang dengan lantang mencerminkan bahawa beliau tidak menghormati prinsip pengasingan kuasa.
Kita tidak mahu PM dinasihati oleh org yang salah.
No comments