Di dalam parti politik, sentiasa ada watak yang gigih mencuba untuk mendapat laba dari kegiatan jahat mereka. Perkara utama yang mereka fiki...
Di dalam parti politik, sentiasa ada watak yang gigih mencuba untuk mendapat laba dari kegiatan jahat mereka.
Perkara utama yang mereka fikirkan adalah ‘dedak’ samada berbentuk wang ringgit atau pun jawatan atau keduanya sekali.
Kerja mereka adalah menghasut, merekayasa fitnah dan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan ahli parti mereka sendiri termasuk memperbodohkan kepimpinan utama.
Spesis ini gelojoh dan tidak sabar. Mereka akan buat apa sahaja dan nafikan dengan alasan tidak masuk akan apabila perbuatan jahat mereka terbongkar atau ‘terkantoi’.
Kalau ‘Lobak Man’ bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO (dipecat keahlian parti) suka muncul di lintas langsung menggunakan platform YouTube, Wan Saiful dari PPBM pula suka menggunakan membuat kenyataan media dengan menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Penerangan PPBM. Persamaan keduanya adalah, berbohong sebaik sahaja mulut mereka mula berbicara.
Mereka berdua juga dilihat begitu bersungguh menonjolkan diri supaya terpilih bagi jawatan tertinggi parti malah mengejar sehingga ke peringkat berjawatan menteri.
Betul atau salah bukannya satu isu penting bagi mereka berdua kerana fokus utamanya adalah mengejar kedudukan dengan cara paling jelik.
Lokman Adam dan Wan Saiful adalah watak berbahaya kepada parti yang kononnya mereka wakili.
Kalau Lokman Adam membawa watak yang akan mengeruhkan hubungan antara pemimpin tertinggi dan juga ahli UMNO, Wan Saiful pula lebih menjurus kepada berbohong ketika membuat kenyataan yang langsung tiada kaitan dengan pendirian rasmi parti.
Keduanya sedang berlumba memenuhi kehendak nafsu buas mereka tanpa rasa berdosa.
Lobak Man vs Kangkong Man?
No comments