Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Apa Khabar Gembira Selepas Mesyuarat MKT Yang Dijanjikan Presiden?

Himpunan ahli UMNO di PWTC pada 27 Ogos yang lalu telah memberi gambaran buruk tentang imej dan halatuju UMNO bagi menghadapi pilihanraya um...


Himpunan ahli UMNO di PWTC pada 27 Ogos yang lalu telah memberi gambaran buruk tentang imej dan halatuju UMNO bagi menghadapi pilihanraya umum ke 15.

Isyarat yang salah telah dihantar kepada jentera sendiri dan terutamanya kepada rakyat yang bakal memilih kerajaan.

Kepada ahli UMNO sendiri, pemimpin diperlihatkan seperti tiada hala tuju untuk berhadapan dengan parti lawan di PRU akan datang. Sepatutnya mereka menggunakan peluang terbaik itu dengan memberikan semangat untuk bekerja kuat dan peluang kemenangan dengan adanya perdana menteri dan menteri-menteri dari UMNO BN di dalam kerajaan.

Sebaliknya pemimpin utama UMNO mempersiakan kehadiran yang di luar jangka ramainya hanya dengan laungan semangat ‘bubar parlimen’. Tiada pengisian kecuali sketsa sedih ‘Bossku ke penjara’.

Malah ucapan Azalina Othman yang juga adalah penasihat undang-undang kepada perdana menteri juga telah mengundang persepsi yang buruk kepada UMNO BN sekiranya memenangi pilihanraya umum ke 15.

Sebelum itu, di sesi peguam utama Najib berucap juga hanya mengulangi apa yang pasukan guaman Najib telah buat dan rata-rata ahli UMNO dan rakyat sudah mengetahuinya melalui berita-berita yang tersiar di akhbar dan saluran lain.

Dari sudut rakyat, mereka melihat dengan jelas ‘perangai UMNO’ yang masih tidak berubah. Terjerit sawan inginkan supaya parlimen dibubarkan segera sedangkan rakyat umumnya mengetahui bahawa perdana menteri adalah dari UMNO BN dan sudah tentu parti ini mempunyai kelebihan untuk bersedia lebih awal berbanding dengan parti lain.

Paling mengecewakan, cara pemimpin UMNO memprovok ahli sendiri supaya tidak senang dengan perdana menteri adalah salah sama sekali. Kalau ahli UMNO yang hadir dipertontonkan meremeh dan mencela perdana menteri, bagaimana UMNO ingin supaya rakyat memilih perti ini menjadi kerajaan?

Mempamirkan jasa Najib tidak salah tetapi menggunakan isu ‘membebaskan’ Najib yang dihukum penjara sebagai modal kempen pilihanraya adalah salah. Musuh politik UMNO BN akan mudah mematahkannya dengan melabelkan kerajaan di bawah UMNO BN bakal mempermainkan institusi kehakiman dan undang-undang negara. Kesannya, bukan sahaja menimbulkan rasa takutnya rakyat tetapi pelabur luar akan melihat Malaysia bukan lagi destinasi yang dijamin selamat untuk melabur.

Paling tidak masuk akal, sudah hampir 3 hari perhimpunan tersebut berlalu, ‘berita gembira’ yang dijanjikan kepada ahli UMNO sebaik sahaja himpunan berakhir tidak diumumkan.

Apa berita gembira itu?

Kalau ahli sendiri pun boleh ditipu, bagaimana dengan rakyat?

Rakyat sudah trauma dengan janji pakatan harapan yang lalu, jangan kerana kedangkalan dan dengki khianat sesama sendiri maka segala urusan UMNO BN ditentukan oleh kelompok macai berbayar.

No comments

Ads Place