Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Akan Ada Tindakan Kumpulan Gelabah

Dari keputusan mahkamah semalam berkait kes DSN pasti akan mengundang reaksi dan tindakan kumpulan yang sedang “GELABAH” dek mungkin hilang ...


Dari keputusan mahkamah semalam berkait kes DSN pasti akan mengundang reaksi dan tindakan kumpulan yang sedang “GELABAH” dek mungkin hilang talian hayat atau tempat selama ini mereka bergantung.

Akan ada gerakan kecil dan akan ada gerakan besar yg menggunakan pelbagai platform utk menzahirkan kekecewaan dan ketidakpuasan hati mereka.

Fuad Zarkashi dah menunjukkan tindak balas menggelabah beliau dgn menyerang “Poster Boy” BN utk PRU15 nanti walhal perkara tersebut jelas merupakan keputusan parti yg di endos dlm MKT dan PAU. Kalaulah Puad ni jenis MKT yg cerdik, apa salahnya dalam mesyuarat MKT nanti bawa la usul tersebut untuk dibincangkan. Lumatkan perbincangan itu dalam mesyuarat dan bukannya memekik diluar mesyuarat yg sah takde kesan apa selain menampakkan UMNO betul akan berpecah. 

Akan ada lagi reaksi2 dari individu dan pemimpin tertentu yang melambangkan mereka sedang menggelabah.

Soalnya ialah kenapa mahu mengheret parti dalam keputusan mahkamah. Persoalannya apa kene mengena dengan sistem kehakiman dan perundangan negara yg kononnya diperlihatkan bermasalah. Ini merupakan perkara biasa macam main bola. Kalau team tu kalah pasti pengadil dan penjaga garisan akan diperlihatkan berat sebelah walhal keputusan akhir menunjukkan mungkin kegagalan strategi atau hakikat lawan yang jauh lebih bersedia untuk memenangi perlawan tersebut.

Paling tidak masuk akal apabila ada pihak mengheret parti dan menyerang “Poster Boy” sendiri. Bayangkan jika Poster Boy yg juga Perdana Menteri dilihat terlibat untuk mengubah keputusan semalam dan akhirnya rakyat tahu keterlibatan Perdana Menteri dalam menentukan keputusan kes DSN pasti rakyat akan menolak bulat parti yg diwakili Poster Boy itu. Berbaloi?

Apakah semudah itu pun sukar difahami kumpulan2 “Gelabah” ini? Jika Perdana Menteri diheret atau didakwa atas kesalahan yang jauh lebih besar apabila mencampuri urusan mahkamah dan perundangan, Puad akan berarak mempertahan Perdana Menteri walau dari parti dia sendiri? Lokman akan pertahankan Perdana Mwnteri ketika itu?? Zamil akan hantar kotak2 kosong kepada peguam negara masa tu? Jawapannya tidak. Mereka ini hanya bercakap kerana sikap “GELABAH” yg telah lama menyelubungi mereka sejarah hari pertama DSN dibicarakan. Kerana apa? 

Sabtu nanti akan ada satu majlis taklimat berkaitan isu semasa oleh Presiden parti UMNO. Dilihat ianya digerakkan dengan besar dan kerahan sedang diatur. Tetapi hairan dihujung jemputan dari SUA itu ada tertulis “Kepada sesiapa yang mahu hadir”.?

Apakah ini juga satu gerakan terselindung yg sudah tak selindung lagi juga dari kumpulan “GELABAH” . Takkan lah Presiden pun gelabah.

Jika boleh dicadangkan. Tak payah lah nk buat gerakan itu ini. Ini masanya semua pemimpin UMNO duduk semeja dan jgn ada perpecahan dan bincang elok2. 

UMNO masih parti terbesar. Rugi tak ambik kesempatan dan peluang dimana rakyat sedang menolak PH dan semua parti gabungan mereka. Jangan sekali lagi UMNO terkena dengan istilah musuh tak kuat tapi UMNO sedang lemah dek perpecahan. 

Terbukti cara DSN mengharungi kes beliau salah kerana dalam pelbagai usaha dilakukan untuk membersihkan nama beliau dgn tidak mengheret parti dan org parti , dalam masa yang sama hulubalang perang beliau (Lokman dan Zamil) saban hari mencipta musuh dikeliling DSN dan menjauhkan pengikut dan penyokong yg ada kerana jelas akan kedangkalan yg mereka bawa. 

Pelbagai deal dan perbincangan cuba dirancang pasti tdk menjadi kerana saban hari pelbagai pihak dan pemimpin diserang oleh Lokman dan Zamil sehingga menghakis simpati kepada DSN sedikit demi sedikit. Apakah betul cara itu. 

Bagaimana boleh berlaku gencatan senjata jika ketua pergi berunding tetapi askar di perbatasan saling mengisi meriam dgn peluru dan tidak henti menembak 2 rakan yang sedang berbincang. Strategi dan formula mana yang DSN pakai ni. Atau Lokman dan Zamil sengaja mahu DSN masuk penjara atas usaha boss yang kita tak tahu? 

Ada kaedah dalam politik ni. Orang tua ada cakap. Klau tak mampu lawan atau bergaduh disebabkan kita tahu kekuatan dia tu terlalu tinggi berbanding kita maka bersahabatlah dan berkawanlah. Ada sesetengah perkara kita kena terima hakikat dan bukan semberono langgar dah tahu depan tu dinding besi tebal yg sah takkan terbalik atau tumbang.

Kesimpulannya , terkejut juga pemimpin besar seperti DSN dipenjarakan dan hanya 50 org di depan mahkamah. Yang ramainya wartawan. Dalam setiap LIVE TV plak rata2 komen bahawa mahkamah telah menjalankan tghjwb yg betul dan menjatuhkan hukuman tanpa ada campurtangan politik dan secara tak langsung telah memberikan kredit dan kelebihan kepada kerajaan hari ini yang dilihat telus dan cakap serupa bikin apabila pengasingan kuasa eksekutif, legislatif dan judisiari bukan hanya omongan kosong tetapi ianya dipraktikkan dan diamalkan secara benar.

Tulisan -Bharuddin Imran Al Gausi-

No comments

Ads Place