Apabila negara sedang memasuki fasa peralihan antara pandemik covid19 dan endemik, sepatutnya pemimpin politik yang kononnya ‘berjuang demi ...
Apabila negara sedang memasuki fasa peralihan antara pandemik covid19 dan endemik, sepatutnya pemimpin politik yang kononnya ‘berjuang demi rakyat dan negara’ wajar meletakkan keutamaan kepada keduanya dan bukan hanya tertumpu kepada kepentingan politik semata-mata.
Ketika ini apa yang perlu adalah memulihkan ekonomi rakyat dan negara. Kesan dari pandemik covid19 terlalu sukar ditafsirkan dengan kata-kata. Banyak industri termasuk kecil, sederhana dan berskala besar terjejas dengan teruk sehingga ada yang terpaksa menutup operasi dan menyebabkan ramai yang hilang pekerjaan.
Bukan mudah untuk bangkit sekiranya kerajaan tidak diurus dengan baik kerana kesan jangka panjang akibat pandemik maut tersebut boleh menyebabkan kadar inflasi yang mampu membuatkan sesebuah negara menjadi muflis.
Malaysia amat bernasib baik apabila YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri berani membuat keputusan walaupun banyak keputusan tersebut adalah bukan bersifat populis.
Keputusan PM Ismail Sabri membenarkan aktiviti ekonomi dibuka berperingkat (secara berhati-hati) amatlah tepat termasuk membuka sempadan negara agar pelabur boleh melihat dan yakin bagaimana Kerajaan Keluarga Malaysia yang dipimpin PM Ismail Sabri berjaya membawa negara kembali ke landasan sepatutnya dalam masa yang begitu singkat.
Pengurusan yang efisyen berjaya mengatasi masalah kepada kesan dari rantaian permasalahan covid19 seperti harga barangan keperluan harian rakyat melonjak dan bekalannya tidak berkecukupan.
Tiada Perdana Menteri sebelumnya yang berani berhadapan dengan kartel yang selama ini mengawal dan menentukan naik-turunnya harga dan PM Ismail Sabri berjaya ‘menundukkan’ kartel ini dengan membuat keputusan yang begitu berani seperti menarik balik AP impot baranga keperluan harian termasuk ayam segar dan menguatkuasakan segera larangan ekspot ayam ke luar negara. Tindakan ini bukan sahaja berjaya menurun harga ayam lebih rendah dari harga siling yang sepatutnya tetapi menghentikan ‘permainan harga’ oleh kartel dengan kadar yang lebih cepat dari yang dijangkakan.
Namun malangnya, apa yang cuba diusahakan oleh Kerajaan Keluarga Malaysia nampaknya cuba digagalkan oleh mereka yang lebih mengutamakan kepentingan peribadi. Bukannya sesuatu yang mudah untuk membuat banyak perkara pada waktu yang sama bagi membuahkan hasil yang terbaik untuk manfaat rakyat dan negara.
Mencari pelabur di luar negara, mengekalkan pelabur luar yang sudah bertapak sekian lama di dalam negara dan pada masa yang sama menyakinkan pelabur tersebut menambahkan lagi pelaburan mereka. Kesemuanya mesti dilakukan dengan perancangan yang rapi serta keputusan yang berani, segera dan tepat sahaja yang boleh merealisasikan kesemua ini. Inilah yang ada pada PM Ismail Sabri dan sedang dilakukan oleh beliau.
Bayangkan ekonomi sedang mula menampakkan ke arah pemulihan tetapi ada pihak yang semakin gila kuasa cuba untuk menggagalkannya?
Ada kumpulan yang lebih mengutamakan kuasa politik, kerja mereka setiap hari mendesak berbaur ugutan menuntut jawatan di dalam kerajaan.
Ada individu sanggup menjadi macai upahan kepada individu berkepentingan, kerjanya setiap hari menghasut ahli parti dari dalam dengan dakyah dan fitnah jahat. Macai dan dalangnya tidak sedikit pun berasa malu dengan tindakan bodoh dan mudahnya mengenali mereka.
Ada individu yang sengaja mereka-reka cerita untuk melaga antara parti yang ada di dalam Kerajaan Keluarga Malaysia demi mencapai cita-cita peribadi yang tidak masuk akal.
Kepada mereka yang terlibat, hentikanlah. Berilah keutamaan kepada permasalahan rakyat dan negara terlebih dahulu.
Rakyat bukan lagi bodoh dan tidak tahu menilai siapa yang sedang menyelamatkan mereka dan siapa yang begitu gila sedang merancang untuk menjahanamkan kesemuanya.
No comments