Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Ada Pihak Cemburu Dengan Pencapaian Ismail Sabri Setahun, Perkara Asas Rakyat, Negara Didahulukan

Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa YAB Perdana Menteri Ismail Sabri telah berjaya membuktikan dirinya sememangnya layak untuk berada ...


Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa YAB Perdana Menteri Ismail Sabri telah berjaya membuktikan dirinya sememangnya layak untuk berada di jawatan tersebut. Malah Kerajaan Keluarga Malaysia yang dipimpinnya juga telah melakarkan siri kejayaan yang cemerlang sepanjang tempuh itu.

Diuji dengan petaka virus covid19 yang bukan sahaja melanda negara tetapi turut dialami oleh seluruh dunia. Kesan virus yang membunuh ini bukan sahaja terhadap nyawa manusia tetapi penularan virus ini mampu meruntuhkan ekonomi sesebuah negara. Ramai yang kehilangan pekerjaan akibat aktiviti perniagaan tidak dapat diteruskan. Kitaran ekonomi domestik hampir lumpuh dan hubungan dagang antara negara juga terpaksa dihentikan bagi membendung penularan virus tersebut.

Syarikat berskala besar turut terjejas, yang bersaiz sederhana dan kecil terpaksa gulung tikar. 

Cabaran pandemik ini diharungi oleh PM Ismail Sabri. Sekiranya gagal merancang, Malaysia boleh terjerumus ke lembah sebuah negara yang muflis. 

Rakyat sebagai saksi. PM Ismail Sabri merancang dan melaksanakan pakej pemulihan ekonomi rakyat dan negara secara terbuka dan telus serta tiada agenda tersembunyi;

1. Perlaksanaan program vaksin secara besar-besaran yang begitu teratur.

2. Pembukaan sektor ekonomi domestik yang dibuat secara berhati-hati dan berperingkat dengan garis panduan pematuhan SOP yang tersusun dan berjadual.

3. Pembukaan sempadan negara untuk menghidupkan semula jalinan pelaburan luar supaya ekonomi negara kembali kepada landasan yang sepatutnya.

3. Mengawal selia dengan tegas impak daripada pandemik terhadap harga barangan keperluan rakyat dengan mengekang kartel yang selama ini bermaharajalela menindas rakyat dengan ‘permainan’ menetapkan harga barang.

Buat pertama kalinya dalam sejarah negara, Perdana Menteri memutuskan tiada lagi AP impot ayam dan barangan keperluan harian yang lain.

Juga pertama kali di dalam sejarah negara, Perdana Menteri mengarahkan agar menghentikan ekspot ayam supaya kartel ‘mati langkah’ untuk terus menekan pengguna.

4. Kejayaan mengawal inflasi dengan menubuhkan Pasukan Khas Jihad Ekonomi. Pemantau dekat dan bersasar dan ini juga tidak pernah berlaku sebelum ini.

5. Negara berjaya bangkit apabila jumlah peningkatan rakyat yang bekerja adalah lebih daripada 400,000 orang. Maka hasilnya angka pengangguran menurun di bawah paras 3.8%. Malah ianya memberi impak yang amat positif terhadap lonjakan ekonomi negara apabila kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 8.9% telah meletakkan Malaysia di tempat pertama antara negara ASEAN.

Kesemua ini tidak akan mampu dicapai oleh Kerajaan Keluarga Malaysia sekiranya negara tidak stabil dari segi politiknya.

PM Ismail Sabri dengan bijaksana, sederhana dan merendah diri mengajak pemimpin parti pembangkang untuk bersama beganding bahu memberi fokus membantu rakyat dan membangunkan semula negara. Terhasilnya memorandum persefahaman antara Kerajaan Keluarga Malaysia dengan pembangkang merupakan titik tolak betapa seriusnya PM Ismail Sabri untuk menguruskan rakyat dan negara mengikut acuan Keluarga Malaysia.

Terlalu banyak sejarah tercipta di dalam masa satu tahun PM Ismail Sabri mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Bukan sedikit manfaat yang dapat dirasai oleh rakyat dan negara apabila seorang pemimpin utama kerajaan meletakkan kepentingan tersebut melebihi kepentingan diri sendiri.

Sebagai rakyat kepada sebuah negara yang merdeka, kita patut bersyukur dengan kurniaan ini. Yakinlah, PM Ismail Sabri adalah pilihan yang tepat untuk terus memakmurkan rakyat dan negara.

No comments

Ads Place