Kelebihan YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri yang tidak ada kepada perdana menteri sebelumnya adalah keberanian, kepantasan dan kebi...
Kelebihan YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri yang tidak ada kepada perdana menteri sebelumnya adalah keberanian, kepantasan dan kebijaksanaan membuat sesuatu keputusan yang dilihat sukar pada awalnya.
Dari awal menjawat jawatan Perdana Menteri lagi PM Ismail Sabri menunjukkan tindakan yang dibuat adalah tepat dan sebagai penanda aras ‘demi rakyat dn negara’.
Rakyat sendiri sebagai penilai boleh melihat bagaimana PM Ismail Sabri melaksanakan pejanjian persefahaman dengan parti politik dari blok pembangkang sebagai menjunjung titah YDPA supaya mengutamakan rakyat dan negara terutama ketika pandemik covid 19.
Hasilnya, kestabilan politik antara pihak kerajaan dan parti politik pembangkang tercapai dan berjaya mengurangkan ‘politiking’ sebaliknya kesemua parti menumpukan usaha bagaimana membantu rakyat yang terkesan dengan pandemik tersebut dan perlaksanaan pemulihan ekonomi negara juga berjalan mengikut perancangan.
Terbaharu isu tuntutan ‘waris Sultan Sulu’ dapat ditangani segera apabila ada pihak cuba mengelirukan ‘tuntutan’ tersebut. Kejayaan ini adalah kerana kesefahaman dan kestabilan yang telah wujud pada awal kerajaan campuran di bawah PM Ismail Sabri melalui memorandum (MoU) yang dipersetujui bersama.
Beberapa siri penerangan khas berjalan dengan lancar untuk memberi penerangan terperinci berhubung perkara tersebut dan diterima baik oleh semua pihak terutama parti pembangkang.
Isu kenaikan barang keperluan harian rakyat juga ditangani dengan segera apabila YAB Perdana Menteri berani membuat keputusan menarik balik subsidi pukal sebaliknya menyalurkan subsidi bersasar kepada golongan yang sepatutnya.
Tiada Perdana Menteri sebelum ini yang berani membatalkan ‘AP impot’ ayam dan barang keperluan harian yang lain malah membuat keputusan untuk tidak membenarkan ekspot ayam ke luar negara bagi mengekang ‘kartel’ dan orang tengah yang selama ini dilihat begitu berkuasa menentukan harga pasaran.
Hasilnya, harga ayam dapat dikawal malah lebih rendah daripada harga siling yang diputuskan oleh kerajaan dan bekalan keperluan ayam juga pulih dalam masa yang singkat.
Bukan itu sahaja, isu harga harga minyak masak juga terkawal dan pengilang minyak masak berpeket (subsidi) yang melanggar undang-undang dengan menjual di pasaran luar negara juga dikenalpasti dan dihukum dan hasilnya adalah harga dan stok minyak masak terkawal.
Malah keputusan YAB Perdana Menteri terus mewujudkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi dalam usaha membantu Keluarga Malaysia menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup adalah tepat pada masanya.
Tidak sampai sebulan penubuhan pasukan khas ini, rakyat boleh melihat kesannya bagaimana Malaysia merupakan negara yang terendah kadar inflasi berbanding dengan negara-negara jiran dan juga di dunia.
Bukan mudah untuk memimpin kerajaan campuran dari pelbagai parti politik yang berbeza idealoginya tetapi PM Ismail Sabri berjaya membuktikannya.
No comments