Apabila di pentas ceramah politik Anwar mula mengeluarkan ayat-ayat provokasi seperti ‘bangang’ maka itu tandanya Anwar dan PKR sudah mula k...
Apabila di pentas ceramah politik Anwar mula mengeluarkan ayat-ayat provokasi seperti ‘bangang’ maka itu tandanya Anwar dan PKR sudah mula kehabisan modal untuk menyerang kerajaan bagi mengelirukan rakyat.
Walaupun umur Anwar semakin meningkat tua namun beliau terpaksa mengekalkan cara lama ketika berceramah politik. Isi ucapan tidak perlu tetapi gaya dan maki hamun adalah keutamaan bagi menarik tumpuan penyokong tegarnya bertepuk sorak.
Perasaan malu tidak wujud kerana berkulit muka yang tebal. Agaknya bangang tingkat ke berapa perlakuan Anwar ibarat “Mengata dulang paku serpih” apabila beliau sendiri sentiasa diingati dengan ayat berjanji kepada rakyat, apabila berkuasa atau menjadi kerajaan maka esok harga petrol akan turun.
Tidak malukah Anwar, selama 22 bulan Pakatan Harapan menjadi kerajaan dan isterinya sendiri, Wan Azizah menjadi Timbalan Perdana Menteri bertindak begitu bangang menidakkan amaran dari pelbagai agensi berintegriti berkenaan dengan virus covid19 lantas mengabaikan amaran tersebut dan Wan Azizah sendiri dengan bangangnya memperlekehkan amaran tersebut. Hasilnya virus covid19 merebak ke seluruh negara dan tidak terkawal.
Tindakan bangang tersebut menyebabkan ekonomi rakyat dan negara hampir lumpuh. Anwar lupa siapakah yang bertanggungjawab berjaya membendung keluk jangkitan virus membunuh kalau bukannya dari kerajaan campuran pimpinan YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri.
Anwar Ibrahim seharusnya malu kerana gagal membezakan penubuhan Majlis Pemulihan Negara dan pasukan khas ‘Jihad Melawan Inflasi’.
Keduanya diwujudkan oleh PM Ismail Sabri mempunyai tugas khusus. Majlis Pemulihan Negara untuk membantu kerajaan memulihkan segera ekonomi rakyat dan negara kesan daripada pandemik covid19. Manakala pasukan khas Jihad Melawan Inflasi adalah pasukan yang bertindak mengawal kenaikan harga barang keperluan rakyat dan inflasi supaya tidak memberi impak buruk kepada rakyat dan negara. Kebiasaannya kadar naik-turun inflasi boleh dilihat kesannya pada tahun yang hadapan atau tahun mendatang akibat kenaikan harga pada masa sekarang. Jadi PM Ismail Sabri memperlihatkan kesungguhan kerajaan hari ini di dalam mengatasi masalah tersebut.
Anwar patut menyelar Mahathir sebagai Perdana Menteri yang bangang apabila mudah dan tanpa rasa bersalah mengeluarkan kenyataan “manifesto bukan kitab suci” apabila didesak oleh rakyat supaya menunaikan segala janji yang dibuat untuk pilihanraya umum ke 14.
Anwar tidak tahu malu kerana akhirnya beliau memilih jalan paling bangang bila berceramah di pentas politik di hadapan penyokong syok sendiri. Anwar suka menyemai politik kebencian dan bukannya politik matang. Tidak pernah sekali pun beliau memohon maaf mewakili pakatan harapan akibat tindakan bangang mereka sebagai kerajaan yang gagal menjaga rakyat selama 22 bulan.
Malulah kepada Timbalan sendiri, Rafizi Ramli yang jauh lebih baik apabila berhadapan dengan penyokong. Nampak gaya populariti Anwar ‘semakin ke laut’ berbanding dengan Rafizi.
Manusia yang bangang tidak sedar mereka sedang meludah ke muka sendiri apabila berkata-kata.
No comments