Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

SOSMA, PM Ismail Sabri Berjaya Membuktikan Kerajaan Stabil

Semalam, sekali lagi YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri berjaya membuktikan bahawa kerajaan campuran di bawah pentadbirannya kekal s...


Semalam, sekali lagi YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri berjaya membuktikan bahawa kerajaan campuran di bawah pentadbirannya kekal stabil serta keupayaan PM Ismail Sabri menjaga kepentingan negara sekali gus menafikan fitnah dari mulut-mulut jahat berkenaan kestabilan negara.

Dewan Rakyat meluluskan penguatkuasaan subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 SOSMA bagi mengekalkan tempoh tahanan 28 hari.

Seramai 111 ahli parlimen bersetuju berbanding 88 tidak bersetuju manakala 21 ahli parlimen tidak hadir. Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan hari ini adalah stabil. 

Keputusan tersebut dengan sendiri menafikan suara-suara sumbang yang selama ini cuba memberi gambaran salah bahawa kerajaan pimpinan PM Ismail Sabri tidak stabil dan parlimen perlu dibubarkan segera.

Isyarat yang jelas dari keputusan semalam juga membuktikan bahawa kepimpinan PM Ismail Sabri terus mengukuh walaupun serangan fitnah jahat dari dalam dan luar dilakukan hampir setiap waktu.

Malah kerana gila kuasa ada pihak yang sanggup menaja individu dan juga kumpulan tertentu dengan menggunakan pelbagai cara termasuk sebaran melalui medium internet bagi merekayasa fitnah untuk mencipta persepsi buruk terhadap kepimpinan PM Ismail Sabri.

Rakyat sebagai saksi hidup bagaimana PM Ismail Sabri menguruskan negara. Bukan sahaja berjaya mengawal dan memusnahkan strategi kartel-kartel yang cuba menyusahkan rakyat dengan kenaikan harga barang keperluan harian malah tindakan pantas PM Ismail Sabri menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi dalam usaha membantu kerajaan Keluarga Malaysia pimpinannya menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup turut membuktikan hasil kejayaan segera apabila Malaysia menjadi negara terendah kadar inflasi di rantau ini termasuk negara-negara maju yang lain.

Siri kejayaan pentadbiran PM Ismail Sabri bukan datang bergolek, ianya hasil kebijaksanaan Perdana Menteri dengan meletakkan rakyat dan kedaulatan negara sebagai asas keutamaan beliau. 

Tidak wujud budaya kerja untuk kepentingan politik diri sendiri, itulah PM Ismail Sabri.

No comments

Ads Place