“Anda tidak boleh sapu semua kekotoran ke bawah karpet lagi” “UMNO dikalahkan pada pilihanraya umum ke 14 bukan kerana tidak ambil berat hal...
“Anda tidak boleh sapu semua kekotoran ke bawah karpet lagi”
“UMNO dikalahkan pada pilihanraya umum ke 14 bukan kerana tidak ambil berat hal rakyat, tapi kerana UMNO ada ‘kavadi’ besar. Kavadi yang dibawa oleh penganut Hindu semasa perayaan adalah besar dan berat (beban).
“Kempen pilihanraya 2018 ketika itu hanya tertumpu kepada 1 atau 2 orang sahaja”
“Sekiranya UMNO mengambil langkah berani dan jika orang tersebut bermurah hati untuk berundur sebentar, UMNO tidak akan kalah”.
“Sekiranya UMNO bertindak terhadap apa yang rakyat katakan dan apa yang rakyat mahukan, kerana masalahnya adalah hanya kerana 1 atau 2 orang saja, awak tahu apa yang saya maksudkan. Jadi ianya adalah liabiliti besar bagi UMNO dan kerajaan pada masa itu”
“Isu 1MDB adalah isu besar yang kita (UMNO) tidak tangani dengan sebaiknya semasa PRU 2018”
“Secara peribadi, tidak tahu apa itu 1MDB kerana saya hanyalah seorang Menteri Besar di sebuah negeri kecil di selatan (Negeri Sembilan)”
“Malah beberapa orang menteri kabinet pun tidak tahu tentang perkara ini kerana ianya dilakukan oleh Najib seorang, ianya dilakukan oleh satu orang iaitu perdana menteri (Najib) dan dia juga adalah menteri kewangan serta bertanggungjawab ke atas 1MDB”
“Jadi bukanlah parti (UMNO), tapi Najib sendiri yang sepatutnya perlu berundur dan parti akan selamat dan kerajaan UMNO mungkin masih lagi menjadi kerajaan sekarang ini kerana isunya hanyalah satu, 1MDB”
“Pastinya sebagai seorang kawan saya bersimpati, tetapi sesiapa sahaja yang terlibat sepatutnya pergi hadapi apa saja. Tunaikan apa yang sepatutnya”
“Sekiranya mahukan pengampunan, anda perlu melalui proses yang sepatutnya. Anda perlu masuk ke dalam (penjara) dulu”
“Anda tidak boleh dapatkan pengampunan tanpa melalui proses sepatutnya. Itu adalah salah. Itu adalah salah sama sekali”
“Samada Najib bersalah atau tidak, bagi rakyat sudah jelas. Apa yang dia (Najib) lakukan, rakyat sudah tahu”
“Saya tahu apa yang Najib lakukan. Kami tahu. Kami tahu dari apa yang kami baca.”
“Dia (Najib) tidak nafikan. Adakah dia (Najib) nafikan”
Soalan: “Najib kata duit yang diterimanya adalah derma daripada Arab Saudi.
“Buktikanlah” - Tok Mat
Soalan: “Najib dakwa duit tersebut untuk suatu tujuan berkaitan kebajikan dan bukannya untuk kegunaan peribadi”
“Buktikan” - Tok Mat
“Sebab di mahkamahlah tempat di mana anda boleh buktikan yang anda tidak bersalah betul tak?”
Soalan: “Dia ( Najib) tak buktikannya
“Buktikan” - Tok Mat
“Anda tidak boleh katakan ianya hanyalah khabar angin (hearsay) saja. Tidak boleh”
“Ia tidak boleh diterima pakai oleh mahkamah”
Soalan: “Jadi dia tidak boleh buktikannya?”
“Dia (Najib) tak dapat nak buktikannya!” - Tok Mat
Ini adalah sebahagian daripada kandungan wawancara eksklusif yang dibuat oleh portal Asia Times dengan Muhammad Hassan atau Tok Mat, Timbalan Presiden UMNO.
Ada benarnya apa yang diucapkan oleh Tok Mat, pemimpin UMNO yang mendapati dirinya bakal membawa mudarat kepada perti maka seeloknya berundur buat seketika.
Walaupun belum tamat lagi perbicaraan di mahkamah seperti kes Zahid yang juga Presiden parti, adalah lebih baik tidak mengulangi kesilapan besar yang dilakukan oleh Najib yang menyebabkan buat pertama kali di dalam sejarah, UMNO hilang kuasa sebagai kerajaan persekutuan.
Zahid perlu berlapang dada. Jumlah kes yang dihadapinya membuka ruang yang amat besar kepada musuh UMNO untuk menjadikannya sebagai modal politik selagi Zahid berada di kedudukan sekarang.
Contohilah Najib, tidak berjawatan tetapi masih mampu membantu parti dengan kelebihan yang ada. Jangan menjadi beban kepada UMNO kerana pilihanraya umum ke 15 adalah penentu nyawa UMNO samada masih bernafas atau bakal dikuburkan.
No comments