Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Salam ‘3-0’ Ismail Sabri Kepada Pencacai Dan Pemfitnah Politik, Ada Yang Patut Tutup Youtube dan Page Tunjukkan Kekesalan

Akhirnya terjawab dengan sendiri siapa yang cuba merosakkan UMNO sebenarnya apabila keputusan rasmi dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Mala...



Akhirnya terjawab dengan sendiri siapa yang cuba merosakkan UMNO sebenarnya apabila keputusan rasmi dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) meluluskan permohonan UMNO meminda perlembagaan parti.

Sebelumnya pada tarikh keramat 28 Julai 2022 sejarah besar negara tercipta bagaimana halatuju Kerajaan Keluarga Malaysia diterima sangat baik oleh pembangkang apabila Rang Undang-undang Perlembagaan ( Pindaan) (No 3) 2022 dan Pindaan Perlembagaan Berkenaan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti disokong oleh 209 ahli parlimen dan seramai 11 ahli parlimen tidak hadir. 

Daripada dua sejarah besar negara ini ternyata kerajaan Keluarga Malaysia berjaya ‘menutup mulut’ individu dan kumpulan yang selama ini begitu bersungguh menyerang PM Ismail Sabri dengan niat untuk memperlekehkan imej perdana menteri.

Bagaimana Nur Jazlan, Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Johor yang juga bekas timbalan menteri di zaman Najib Razak begitu celupar sepatutnya malu apabila sewenangnya melabelkan PM Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri yang paling lemah.

Pada pandangan Nur Jazlan, adakah kenyataan media dari Perikatan Nasional yang menyatakan secara terbuka ‘tidak berpuashati’ dengan PM Ismail Sabri itu menunjukkan perdana menteri dari UMNO itu seorang pemimpin yang lemah? 

Nur Jazlan terlalu jahil politik atau bertindak mengikut arahan seseorang?

Tahukah Nur Jazlan bahawa kenyataan rasmi Perikatan Nasional itu adalah bukti bahawa PM Ismail Sabri bukannya seorang perdana menteri yang lemah dan mudah tunduk kepada tekanan yang boleh menggugat kestabilan politik negara.

Begitu juga Lokman Adam dan Zamil, lebih baik muhasabah diri dan jalan terbaik adalah memohon maaf kepada PM Ismail Sabri, seluruh ahli UMNO serta menutup terus akaun ‘Youtube’ dan platform media sosial yang lain sebagai tanda penyesalan di atas fitnah dan persepsi jahat yang cuba dihalakan kepada PM Ismail Sabri selama ini.

Apakah Lokman tidak merasa berdosa apabila membuat tuduhan melulu kepada PM Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO  kononnya RoS tidak akan menerima cadangan UMNO demi memberi peluang kepada PM Ismail Sabri untuk mengadakan pemilihan UMNO terlebih dahulu sebelum pilihanraya umum ke 15.

Fitnah jahat ini sepatutnya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana tindakan Lokman dan Zamil seolah ‘halal’ dan boleh berulang di masa hadapan sekiranya tidak ada tindakan tegas diambil oleh pihak PM Ismail Sabri. Tindakan jahat mereka ini jelas menunjukkan siapa mereka sebenarnya. ‘Kerja’ mereka hanya menyerang kepimpinan UMNO BN dan bukannya musuh politik UMNO BN, nampak jelas seperti ada yang membiaya perbuatan mereka ini.

Sepatutnya macai dan barua politik malu dengan fitnah jahat yang mereka lakukan selama ini. Persepsi negatif semata-mata untuk mencalarkan imej YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri sewajarnya tidak berlaku sekiranya mereka melihat dengan berlapang dada apa yang sebenarnya PM Ismail Sabri lakukan sebaik sahaja mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Muhyiddin Yassin.

Rakyat melihat bagaimana PM Ismail Sabri mengutamakan rakyat dan negara dan bukannya seperti Nur Jazlan, Lokman dan Zamil yang meletakkan ‘kepentingan Bos’ mereka melebihi segalanya.

No comments

Ads Place