Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

RUU Anti Lompat Parti: PM Ismail Sabri Cipta Sejarah Besar Negara

Hari ini YAB Perdana Menteri membentangkan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 dan Pindaan Perlembagaan Berkenaan Larangan...


Hari ini YAB Perdana Menteri membentangkan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 dan Pindaan Perlembagaan Berkenaan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti.

Malaysia mencipta sejarah yang besar dengan pembentangan ini kerana sebelum ini ketika kerajaan Pakatan Harapan memerintah negara, ianya gagal dilaksanakan.

Menurut PM Ismail Sabri RUU ini sebagai bukti komitmen kerajaan dalam mencapai kestabilan politik dan bagi negara mengelak daipada terus berdepan dengan krisis politik yang bagai tiada penghujungnya.

RUU ini juga sebagai bukti kerajaan memandang serius tindakan ‘lompat parti’ kerana ianya melibatkan mandat rakyat dan juga kepercayaan mereka dalam memilih wakil yang mewakili suara mereka.

Kerajaan juga sentiasa mendengar dan mempertimbangkan pandangan setiap ahli parlimen termasuk ahli Jemaah Menteri terhadap keperluan menggubal peruntukan larangan bertukar parti ini.

Malah penubuhan Jawatan Kuasa Pilihan Khas yang diwakili oleh pihak kerajaan dan pembangkang juga membuktikan betapa PM Ismail Sabri ingin supaya RUU ini mendapat sokongan sebulat suara ahli-ahli Dewan Rakyat.

Sokongan dan pandangan bertulis daripada daripada pelbagai pihak termasuk NGO BERSIH, Transparency International Malaysia dan Malaysia Centre for Constitutionalism.

Malah ahli-ahli akademik juga turut memberi pandangan bertulis berhubung sokongan mereka terhadap RUU yang bakal menjadi sejarah besar negara melalui Kerajaan Keluarga Malaysia ini.

Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang di parlimen juga turut menyokong sepenuhnya usaha yang dilakukan oleh PM Ismail Sabri dan beliau beberapa kali menyebut tentang kesungguhan Perdana Menteri tersebut terhadap membenteras rasuah yang terkait dengan perlakuan bertukar parti tersebut.

Ahli parlimen perlu mempunyai prinsip parti yang mereka wakili bagi melindungi mandat yang datangnya dari rakyat itu sendiri melalui undi dan kepercayaan yang tinggi kepada Ahli Dewan Negara ketika proses pilihanraya berlaku.

Ahli parlimen Pengerang, Azalina Aziz juga turut memuji langkah yang dibuat oleh PM Ismail Sabri sebagai tanda kesungguhan kerajaan yang berteraskan semangat Keluarga Malaysia, mengutamakan rakyat dan tidak menghakis kepercayaan yang diberikan oleh mereka.

Rakyat di luar dewan menyokong sepenuhnya penggubalan ini dan rakyat berharap ahli parlimen turut menyokong usaha PM Ismail Sabri ini sepenuhnya bagi meletakkan Malaysia di peta dunia sebagai sebuah negara yang mengutamakan kesaksamaan kepada rakyatnya.





No comments

Ads Place