Ketua Pembangkang di Parlimen, Anwar Ibrahim menegaskan beliau menyokong penuh YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri di dalam perbahasa...
Ketua Pembangkang di Parlimen, Anwar Ibrahim menegaskan beliau menyokong penuh YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri di dalam perbahasannya berhubung Rang Undang-undang Perlembagaan ( Pindaan) (No 3) 2022 dan Pindaan Perlembagaan Berkenaan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti.
Anwar menambah bahawa RUU tersebut wajar disokong sebulat suara kerana ianya melibatkan integriti seorang ahli Parlimen dan juga kepercayaan rakyat terhadap wakil yang mereka pilih berdasarkan parti wakil rakyat tersebut.
Di samping itu juga Anwar mengesyorkan agar ditambah perlunya disiasat segera kepada yang bertindak melompat parti kerana mungkin melibat rasuah sogokan wang.
Setiausaha Agung Dap, Anthony Loke juga di dalam perbahasannya menyatakan bahawa DAP akan menyokong penuh RUU Anti Lompat Parti ini sejajar dengan persefahaman yang telah ditandatangani (MoU) dengan PM Ismail Sabri. Tambah DAP lagi, tanpa majoriti 2/3 adalah mustahil RUU ini dapat direalisasikan. Maka persefahaman antara pembangkang dan Kerajaan Keluarga Malaysia adalah amat penting dan inilah juga uniknya senario politik negara hari ini.
DAP juga akan terus menyokong YAB Perdana Menteri di dalam setiap pembaharuan yang beliau bawa demi rakyat dan negara.
Sokongan terhadap RUU ini juga mendapat sokongan daripada mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir dan juga Mukhriz.
Sesi perbahasan di Dewan Rakyat semalam menjadi satu sejarah besar buat negara.
Itulah kekuatan sebenar PM Ismail Sabri, menyatukan semua pihak demi kepentingan rakyat dan negara yang mana tidak pernah dijayakan oleh mana-mana perdana menteri sebelum ini. Apakah ini yang dikatakan ‘Perdana Menteri yang lemah’ oleh ketua umno di salah satu bahagian di Johor baru-baru ini?
Apakah ini watak perdana menteri yang lembik sepertimana yang sentiasa diperkatakan oleh jurucakap upahan seperti Lokman dan Zamil?
Rakyat dan ahli umno tidak buta. Hakikat yang sebenarnya kita dianugerahkan seorang perdana menteri yang mampu menyelamatkan kita di dalam pelbagai dugaan dan rintangan baik semasa covid sehingga kepada kegawatan ekonomi kesan dari pandemik tersebut. Negara dianugerahkan seorang perdana menteri yang tegas tatkala kartel dan taikun cuba mengambil kesempatan di atas kesengsaraan rakyat yang baharu ingin bangkit selepas pandemik membunuh itu.
Terima kasih PM.
No comments