Hari ini Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan YAB Dato Seri Ismail Sabri mencipta sejarah besar negara di Dewan Rakyat. Rang Undang-undang Pe...
Hari ini Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan YAB Dato Seri Ismail Sabri mencipta sejarah besar negara di Dewan Rakyat.
Rang Undang-undang Perlembagaan ( Pindaan) (No 3) 2022 dan Pindaan Perlembagaan Berkenaan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti disokong oleh 209 ahli parlimen dan seramai 11 ahli parlimen tidak hadir. Oleh yang demikian, RUU ini mendapat persetujuan lebih dari 2/3 sokongan ahli parlimen.
Kejayaan RUU ini terhasil melalui satu proses yang tidak pernah dibuat oleh Perdana Menteri yang terdahulu iaitu melalui rundingan dan perbincangan antara kedua pihak, Kerajaan Keluarga Malaysia dan blok pembangkang.
Ini adalah isyarat yang jelas kepada rakyat bahawa kerajaan Keluarga Malaysia si bawah pimpinan Dato Seri Ismail Sabri amat stabil dan sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat serta negara di dalam apa juga perancangan dan perlaksanaannya.
RUU ini sebagai bukti bahawa Kerajaan Keluarga Malaysia komited untuk tidak merosak serta menghakis kepercayaan rakyat terhadap mandat yang mereka berikan ketika memilih calon dari parti politik yang mereka percayai.
Rakyat menjadi saksi betapa keputusan bersejarah ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana perdana menteri sebelum ini iaitu dengan mengenepikan ego serta tidak mengambil peluang menggunakan kuasa prerogatif untuk menjadikannya sebuah kerajaan yang stabil. PM Ismail Sabri lebih yakin dan percaya bahawa perlunya membuka ruang perbincangan kepada parti pembangkang apabila melibatkan kepentingan rakyat dan negara.
Malah PM Ismail Sabri menunjukkkan beliau merupakan ketua kerajaan yang berani menunaikan segala janji termasuk kepada blok pembangkang demi kemakmuran rakyat dan negara.
Inilah kekuatan sebenar PM Ismail Sabri dan ianya sekali gus menangkis tohmahan jahat terhadapnya selama ini.
Jika ada lagi tuduhan dan persepsi yang buruk cuba disebarkan untuk pertikaikan kekuatan Kerajaan Keluarga Malaysia hari ini maka ianya harus dihentikan segera.
Maka amat tepat apabila UMNO BN membuat keputusan melalui ‘Top 5’, Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan juga Pengerusi Perhubungan Negeri UMNO seluruh negara memilih Dato Seri Ismail Sabri sebagai satu-satua calon Perdana Menteri apabila menang pada pilihanraya umum ke 15 kelak.
Ismail Sabri telah menaikkan kembali imej ‘UMNO Memimpin’.
No comments