Keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) meluluskan permohonan UMNO meminda perlembagaan parti merupakan bukti bahawa YAB Per...
Keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) meluluskan permohonan UMNO meminda perlembagaan parti merupakan bukti bahawa YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri adalah ‘ahli dan orang UMNO’ yang setia kepada parti.
Keputusan dari RoS itu juga sebagai bukti bahawa tiada campurtangan dari Perdana Menteri. Ianya satu proses yang mengikut terma dan syarat seperti yang digariskan oleh RoS. Kalaulah perkara ini adalah campurtangan dari Perdana Menteri maka permohonan ini tidak akan mengambil masa yang lama malah UMNO tidak perlu melalui proses ‘Mesyuarat Agung Luarbiasa’.
UMNO perlu melalui proses kelulusan seperti parti-parti politik yang lain apabila berkait dengan perubahan perlembagaan parti dan tidak mendapat keistimewaan tertentu.
Malah kalau diamati dari awal proses pindaan perlembagaan UMNO berhubung dengan pemilihan selepas pilihanraya umum ke 15, PM Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO yang menjadi ‘penyokong’ apabila ianya dibentangkan oleh Khaled Nordin yang juga Naib Presiden UMNO di Persidangan Agung Khas UMNO di WTC baru-baru ini.
Pindaan usul tersebut juga turut mendapat sokongan sebulat suara perwakilan dari seluruh negara yang hadir dan mereka adalah saksi kepada peristiwa bersejarah tersebut.
Sekiranya PM Ismail Sabri adalah individu yang mementingkan diri sendiri, beliau boleh menggunakan kuasanya sebagai seorang Perdana Menteri dengan mengarahkan RoS menolak permohonan UMNO itu mentah-mentah dengan pelbagai alasan namun itu bukan sifat sebenar PM Ismail Sabri.
Malah PM Ismail Sabri membuktikan bahawa beliau adalah ahli parti yang setia. Sekiranya beliau rakus, inilah masanya beliau boleh melakukan pemilihan parti sebelum pilihanraya umum akan datang dan menyusun calon-calon PRU dengan kuasa seorang presiden parti tetapi ianya tidak berlaku. PM Ismail Sabri memilih bersetia kepada kepimpinan parti.
Ahli parti di seluruh negara boleh menilai sendiri, ketika UMNO BN kalah di pilihanraya umum ke 14, Ismail Sabri kekal setia malah diberikan tanggungjawab menggalas amanah sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen dan beliau berjaya melaksanakan tugas tersebut dengan cemerlang walaupun berdepan dengan Tun Mahathir sebagai ketua kerajaan ketika itu.
Kepada musuh dalam selimut, barua dan macai berbayar, cukup-cukuplah merekayasa fitnah jahat dan kepada ahli dan orang UMNO, anda masih ingin percayakan mereka yang berjuang demi kepentingan agenda ‘Bos’ mereka?
No comments