Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

‘Perjanjian Ismail Sabri-Muhyiddin’, Zahid Memahami Maksud Tersirat

Jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak termaktub di dalam perlembagaan Malaysia maka ‘perjanjian’ diantara YAB Perdana Menteri Dato Seri Ism...


Jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak termaktub di dalam perlembagaan Malaysia maka ‘perjanjian’ diantara YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri dan Muhyiddin Yassin berkenaan perkara itu hanya berada di dalam konteks ‘cadangan’ sahaja tidak seperti butiran perjanjian yang lain.

Sebagai sebuah ‘kerajaan campuran’, persefahaman mengenai perkara berikut adalah untuk mewujudkan keadaan ‘menang-menang’ supaya perkara asas bagi sesebuah kerajaan iaitu kestabilan berjaya dibentuk.

Apa yang penting ketika peralihan jawatan Perdana Menteri dari Muhyiddin kepada Ismail Sabri adalah kedudukan jawatan menteri/timbalan menteri.

Di dalam perjanjian persefahaman tersebut, Muhyiddin inginkan menteri/timbalan menteri dikekalkan jawatan mereka tetapi kedudukan portfolio mereka boleh berubah.

Muhyiddin juga ingin supaya Ismail Sabri mengekalkan pengerusi GLC dan agensi yang telah pun dilantik di ketika beliau menjadi perdana menteri sehingga tamat tempoh perlantikan.

Muhyiddin juga memohon agar dikekalkan jawatannya sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Ekonomi Negara.

Dan Muhyiddin mencadangkan perlantikan Timbalan Perdana Menteri tanpa menamakan siapakah yang akan dilantik dan tanpa meletakkan tarikh perlantikan tersebut.

Bagi Presiden UMNO, Zahid Hamidi percaya bahawa kesemua kandungan butiran ‘perjanjian’ antara Ismail dan Muhyiddin tersebut dibuat berdasarkan situasi ketika itu bagi membolehkan sokongan diperoleh dalam membentuk kerajaan.

Bukan keputusan yang mudah untuk meyakinkan ahli-ahli parlimen samada dari UMNO sendiri apatah lagi dari pihak parti luar BN supaya bersetuju hanya satu nama sahaja yang akan dipersembahkan kepada Yang di Pertuan Agong. Itulah kelebihan dan kekuatan Dato Seri Ismail Sabri apabila hanya nama beliau satu-satunya dipersetujui dan disokong oleh rakan dan lawan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 9.

Zahid sebagai Presiden UMNO sendiri mengesahkan bahawa apa yang tersirat di dalam ‘perjanjian’ antara Ismail Sabri dan Muhyiddin itu menguntungkan UMNO.

No comments

Ads Place