Pembangkang yang baik adalah menjadikan permasalahan rakyat sebagai isu yang penting untuk dibahaskan di parlimen. Malah usul tergempar yang...
Pembangkang yang baik adalah menjadikan permasalahan rakyat sebagai isu yang penting untuk dibahaskan di parlimen. Malah usul tergempar yang terbaik dan sepatutnya dibawa ke sidang parlimen untuk dibahaskan sewajarnya berkisar tentang masalah rakyat serta ekonomi negara.
Pelik dan tidak cerdik ahli parlimen dari blok pembangkang Malaysia adalah semua perkara cuba untuk dijadikan modal politik populis termasuk rahsia dan strategi kerajaan melawan musuh yang cuba mencabul kedaulatan undang-undang negara.
Adalah tidak masuk akal apabila isu tuntutan dari kononnya ‘waris kesultanan Sulu’ terhadap aset Petronas di Luxembourg, iaitu Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus diperbincangkan secara terbuka di parlimen.
Pembangkang nampaknya sengaja memesongkan fakta dan fungsi sebenar parlimen. Menteri yang bertanggungjawab dengan parlimen dan undang-undang sudah memberi penjelasan tentang isu yang kini di dalam fasa proses rayuan oleh kerajaan Malaysia.
Tidak dapat dinafikan bahawa parlimen adalah merupakan forum untuk membahaskan isu penting seperti yang dibangkitkan. Secara khususnya perkara yang melibatkan kedaulatan negara dalam hubungan antarabangsa perlu mendapat mandat Parlimen. Namun apa yang berlaku berkait dengan tuntutan ‘Waris kesultanan Sulu’ terhadap kerajaan Malaysia perlu dilihat dalam kerangka yang lebih besar.
Kerajaan telah memberi penjelasan dan tindakan susulan yang sewajarnya sedang dibuat untuk membela tuntutan tersebut.
Oleh kerana ‘Kerabat Kiram’ sedang dirayu maka pastinya pasukan Peguam Negara perlu mengkaji dari banyak sudut dan menimbangkan dari pelbagai isu agar sebarang pendekatan yang bakal diambil tidak tersalah langkah.
Dalam tempoh kritikal ini maka strategi amat penting dan tidak wajar didedahkan kepada pihak lawan.
Pada peringkat ini adalah untuk membela terhadap tuntutan Kerabat Kiram dan melindungi aset Malaysia di luar negara.
Speaker perlu memainkan peranan untuk menenangkan ahli Parlimen bahawa suatu kertas putih boleh dibentangkan pada masa yang sesuai agar tidak memprejudiskan kes pembelaan di Mahkamah.
Ahli Parlimen juga wajar memberi kepercayaan kepada pasukan Peguam Negara untuk bersiap siaga dan berpuas hati dengan penjelasan Menteri berkenaan.
Sebarang pandangan dalam keadaan yang sedang kritikal sebegini tidak semestinya hanya saluran perbahasan usul tergempar sahaja pendekatan terbaik.
Janganlah dengan mudah menggadaikan maruah negara hanya untuk muncul sebagai kononnya parti politik pembela rakyat.
No comments