Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Muhyiddin Patut Malu

Sepatutnya sekarang adalah masa untuk kesemua pemimpin parti politik (BN, Perikatan Nasional, GPS dan GRS) yang berada di dalam kerajaan men...


Sepatutnya sekarang adalah masa untuk kesemua pemimpin parti politik (BN, Perikatan Nasional, GPS dan GRS) yang berada di dalam kerajaan menumpukan sepenuhnya perhatian kepada strategi menghadapi kenaikan kos sara hidup. 

Selaku pengerusi Majlis Pemulihan Ekonomi Negara, Muhyiddin juga sepatutnya kerap bertemu dengan YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri dengan membawa cadangan yang membawa manfaat besar kepada penyelesaian permasalahan yang sedang dihadapi oleh rakyat dan negara.

Muhyiddin tidak sepatutnya hampir setiap hari berbicara secara terbuka tentang ‘tuntutan’ jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga wakil partinya menggantikan YB Zuraidah sebagai menteri yang telah dengan rasmi meninggalkan parti PPBM.

Muhyiddin perlu sedar bahawa YAB Perdana Menteri tidak lagi perlu melayan sebarang tuntutannya kerana beliau telah melanggar perjanjian (MoU) lebih awal apabila secara terang mengajak dan memujuk Pakatan Harapan untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional bagi tujuan menumbangkan Perdana Menteri. 

Muhyiddin juga sepatutnya malu kepada rakan kongsinya di dalam komponen Perikatan Nasional, Tan Sri Hadi Awang yang juga presiden PAS apabila Hadi dengan tegas menjelaskan bahawa perjanjian yang ditandatangani oleh PM Ismail Sabri tidak mendapat persetujuan daripada PAS yang turut berada di dalam komponen Perikatan Nasional itu. Jadi dengan sendirinya perjanjian tersebut terbatal dan tidak boleh dikuatkuasakan.

Bagaimana perjanjian yang begitu penting tersebut dibuat tanpa pengetahuan Presiden PAS? Tidak malulah Muhyiddin?

No comments

Ads Place