Keputusan 209 ahli parlimen menyokong RUU Anti Lompat Parti adalah bukti sokongan lebih dari 2/3 majoriti ahli parlimen kepada YAB Perdana M...
Keputusan 209 ahli parlimen menyokong RUU Anti Lompat Parti adalah bukti sokongan lebih dari 2/3 majoriti ahli parlimen kepada YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri. Keputusan tersebut bukan sebagai bukti rakyat menyokong UMNO BN.
Menurut PM Ismail Sabri, kekuatan sebenar UMNO BN apabila ahli mengetahui kekuatan parti sendiri dan juga tahu akan kekuatan parti musuh.
Malah di Konvensyen BN Selangor, PM Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO menyeru agar ahli UMNO BN supaya berhenti menyerang sesama sendiri.
Keputusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) meluluskan permohonan UMNO meminda perlembagaan parti jelas menunjukkan UMNO juga perlu melalui proses yang sama dengan parti politik yang lain apabila melibatkan sesuatu perubahan perlembagaan parti.
Rakyat sedang menilai dan UMNO juga tidak terlepas dari pandangan rakyat. Rakyat hanya mahukan pemimpin yang bersih dan parti yang telus supaya negara ini sentiasa makmur.
Sebagai Perdana Menteri dari parti UMNO BN, Ismail Sabri berjaya membuktikan kepada rakyat di sepanjang beliau menjawat jawatan nombor satu negara. Terserlah bagaimana selama beliau menjadi Perdana Menteri, Ismail Sabri meletakkan keutamaan kepada rakyat dan negara selepas terkesan dengan pandemik covid 19 seperti negara-negara lain di seluruh negara.
Malangnya, ada pihak yang dilihat begitu ghairah menyerang dan merekayasa fitnah jahat terhadap Perdana Menteri. Serangan fitnah tersebut bukan sahaja untuk merosakkan imej Perdana Menteri tetapi sebenarnya menjurus kepada merosakkan nama baik UMNO BN khasnya.
Individu seperti Lokman Adam, Zamil Ibrahim dan Nur Jazlan dilihat begitu tersusun seperti ada seseorang atau kumpulan yang begitu kebal di belakang kegiatan jahat mereka ini.
Lokman Adam dan Zamil memfitnah PM Ismail Sabri tunduk dan bersekongkol dengan Muhyiddin Yassin, manakala Nur Jazlan pula begitu galak menuduh PM Ismail Sabri sebagai seorang perdana menteri yang penakut.
Tohmahan liar tanpa takut kepada tindakan undang-undang boleh merosakkan nama baik institusi kepimpinan tertinggi parti malah parti UMNO BN itu sendiri.
Tuduhan fitnah jahat itu terjawab dengan sendiri apabila Perikatan Nasional membuat kenyataan media secara rasmi bahawa mereka kecewa dengan ‘janji’ PM Ismail Sabri. Inilah bukti bahawa selama ini PM Ismail Sabri tidak tunduk kepada mana-mana tekanan bermotifkan kepentingan politik.
Anda boleh menjadi saksi hidup, apakah sekarang mereka sudah bertaubat atau semakin ghairah menyerang Perdana Menteri dan kepimpinan UMNO BN?
Sehingga artikel ini ditulis, Lokman Adam, Zamil dan Nur Jazlan belum tampil memohon maaf secara terbuka terhadap perbuatan fitnah mereka kepada YAB Perdana Menteri.
No comments