Khairy Jamaluddin pernah menggelarkan beliau ‘ Lobakman’ kerana suka menyerang beliau ketika itu secara membabi buta termasuk kepimpinan uta...
Khairy Jamaluddin pernah menggelarkan beliau ‘ Lobakman’ kerana suka menyerang beliau ketika itu secara membabi buta termasuk kepimpinan utama UMNO BN. Zahid dan Mat Hassan pada waktu itu tidak terkecuali menjadi bahan serangan beliau juga.
Sikap suka mengulas isu secara terburu-buru di medium youtube miliknya menimbulkan banyak kesan negatif kepada UMNO BN. Beliau yang pernah dihukum pecat keahlian UMNO nampaknya belum serik melakukan ulasan-ulasan ‘separuh masak’.
Terbaharu di dalam isu wawancara Mohammad Hassan dengan wakil portal Asia Times. Tanpa mendengar sepenuhnya dengan teliti temuramah yang dibuat di dalam bahasa inggeris, Lokman terus melontarkan mainan persepsi jahat kononnya ada pihak tidak senang hati dengan jawapan Mohammad Hassan terutamanya menyentuh soal pendakwaan terhadap Najib dan Zahid.
Lokman hanya mengulas berhubung isu yang berkisar mengenai persoalan yang dibangkitkan berkait dengan kes mahkamah kedua pemimpin utama UMNO BN sahaja dan hanya di dalam konteks pemahaman ceteknya sendiri.
Kenapa tidak beliau menegur dengan keras tindakan Muhammad Hassan yang awalnya sudah sumbang dengan menghulurkan tengkuk kepada portal internet yang bias dan tidak pro UMNO BN?
Apa rasional Timbalan Presiden UMNO menerima jemputan kepada portal yang sudah menjadi amalan mereka memutar belitkan isu? Apa agenda Mohammad Hassan? Adakah sudah wujud perbincangan sebelum temuramah berlaku antara pengendali portal berita tersebut dengan Mohammad Hassan?
Jika diteliti, berulang kali dari awal, pertengahan dan di akhir wawancara, pengendali portal tersebut hanya memfokuskan mengenai isu Najib dan Zahid, pengendali lebih cuba membawa Muhammad Hassan masuk ke perangkap yang dipasang dan bukannya kepada isu-isu berkaitan dengan kesiapsiagaan UMNO terhadap pilihanraya umum ke 15 dan juga isu bagaimana UMNO BN berjaya memimpin kerajaan campuran hari ini.
Malah Lokman Adam tidak berani menghuraikan kenapa Yang diPertuan Agong memperkenan kerajaan campuran dan bukannya parlimen dibubarkan ketika itu.
Lokman juga seperti tidak memahami wawancara yang menggunakan bahasa inggeris sepenuhnya itu apabila gagal menegur Muhammad Hassan yang meremehkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan persetujuan sebulat suara Pengerusi Badan Perhubungan UMNO seluruh negara serta seluruh perwakilan berhubung pembubaran parlimen. Adakah Lokman tidak sedar bahawa Mohammad Hassan adalah sebahagian anggota Top 5 yang diberi mandat untuk mencadangkan tarikh pilihanraya umum ke 15?
Berapa kolam Lokman Adam hendak bermain? Najib sudah, Zahid pun sudah, kini kolam Mat Hassan?
No comments