Cara lapuk, strategi yang mudah dibaca dan yang mendapat manfaat adalah diri sendiri. Itulah ‘style’ Lokman Adam sejak mula menyertai UMNO B...
Cara lapuk, strategi yang mudah dibaca dan yang mendapat manfaat adalah diri sendiri. Itulah ‘style’ Lokman Adam sejak mula menyertai UMNO BN.
Beliau naik dengan mudah di dalam UMNO, hanya berbekalkan jawatan yang pernah disandang di dalam parti Keadilan milik Anwar Ibrahim di sayap pemuda PKR pusat.
Namun kehadiran beliau di dalam UMNO hanya indah khabar dari rupa. Tiada ‘rahsia’ penting yang dibawa oleh beliau untuk melemahkan Anwar dan PKR sebaliknya kedudukan beliau di dalam UMNO mula menapak tinggi.
Walaupun tidak berada di dalam berisan kepimpinan pemuda UMNO namun beliau dilibatkan di dalam program penting yang melibatkan jentera pilihanraya UMNO sehinggalah di kemuncaknya beliau dilantik oleh Najib Razak sebagai Pengarah Komunikasi Strategik menggantikan Ezam Mohd Nor yang merupakan ‘spesis’ sama seperti beliau. Bekas orang kuat Anwar Ibrahim.
Apabila UMNO BN kalah di pilihanraya umum ke 14, ahli UMNO mula mempersoal apa tugas Lokman Adam sebenarnya. Apa yang beliau buat sepanjang duduk di kerusi tersebut? Kenapa yang menjawab isu dari pihak musuh UMNO adalah bukannya beliau?
Setelah UMNO BN kalah di PRU14, Lokman Adam juga berpeluang menjadi calon bagi pihak UMNO BN di pilihanraya kecil DUN Sungai Kandis Selangor. Ramai lagi yang layak di Dun tersebut termasuk kepimpinan bahagian namun ahli UMNO di bahagian tersebut akur dengan keputusan pucuk pimpinan UMNO. Mungkin Lokman beranggapan namanya dipilih kerana satu atau dua orang pemimpin yang mencadang dan bukannya keputusan konsensus kepimpinan UMNO pusat dan negeri.
Lokman Adam sepatutnya menjadikan kekalahan teruk beliau di pilihanraya kecil Dun tersebut sebagai pengajaran berguna. Tiada kedengaran ahli UMNO menyalahkan beliau akibat tewasnya BN di situ. Lokman Adam wajar mencerminkan dirinya bahawa namanya tidaklah popular di kalangan rakyat, tersohor di media sosial belum cukup untuk meyakinkan rakyat.
Ahli UMNO yang sejati tidak menyalahkan antara satu sama lain seperti apa yang dilakukan oleh Lokman Adam sekarang. Semua tindakan dan keputusan Perdana Menteri dipertikaikannya. Lokman seperti manusia yang baru semalam terjun ke dunia politik. Beliau seolah gagal memahami konsep kerajaan campuran pilihan ahli parlimen dengan kerajaan mutlak yang menang pilihanraya umum. Apakah Lokman ada agenda peribadi yang lain atau dijadikan macai upahan menyerang kepimpinan tertentu terutama Perdana Menteri.
Kalau sebelum ini beliau dihukum kerana menyerang Presiden UMNO, nampaknya setelah dihukum, Lokman menikus dan menghalakan serangan kepada Dato Seri Ismail Sabri pula.
Makin kronik sakitnya, ahli UMNO seluruh negara sedang mengukuhkan parti, Lokman Adam dilihat gigih meruntuhkan UMNO dari dalam.
Siapa yang bayar beliau?
No comments