Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Lokman Adam Dibenarkan Menyerang Perdana Menteri?

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Lokman Adam nampaknya begitu bersungguh menyerang YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri. Setiap...


Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Lokman Adam nampaknya begitu bersungguh menyerang YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri. Setiap hari beliau bagaikan manusia yang hilang akal, kerjanya menyelar apa sahaja tindakan PM Ismail Sabri melalui saluran platform internet milik peribadinya.

Sebelum ini, beliau dipecat menjadi ahli UMNO sekali gus jawatannya sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi juga turut gugur. Hukuman ini adalah kerana serangan membabi buta beliau kepada Presiden UMNO Zahid Hamidi. 

Apabila mendapat ‘pengampunan’ dari Zahid, sikap menyerang dan memfitnah datang kembali dan kali ini, PM Ismail Sabri yang menjadi sasaran utamanya.

Jika diperhatikan, Lokman tidak memilih pemimpin pembangkang sebagai bahan serangannya. Fitnah dari Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Mat Sabu dan ramai lagi pemimpin dari blok pakatan harapan yang tidak ‘diusik’ oleh Lokman. Timbul persoalan dari ramai ahli UMNO, siapa Lokman Adam sebenarnya, pembela UMNO atau ejen pemecah belah UMNO, pengkhianat?

Paling ketara, hujah yang diberikan oleh Lokman Adam di dalam siri video ‘live’ beliau hanya berkisar kepada pendapat jahilnya sahaja. “Orang lain semua salah dan yang betul adalah hanya dari saya”, itulah kesimpulan yang boleh diberikan terhadap tindak-tanduk beliau selama ini dan akhir-akhir ini, segala perbuatannya seperti mendapat arahan daripada seseorang atau dari kumpulan yang anti Perdana Menteri dari UMNO.

Cara lapuk untuk mendapat perhatian dengan menyerang kepimpinan parti sendiri, sebelum ini ketika Najib Razak menjadi Perdana Menteri, Lokman dilantik sehingga ke jawatan Pengarah Komunikasi Strategik kerana peranan beliau menyerang blok pakatan harapan. Namun jawatan tinggi tersebut tidak mampu memenangkan BN di pilihanraya umum ke 14.

Apabila UMNO BN kalah, Lokman Adam merayau mencari ‘Tuan’ dan akhirnya beliau mungkin sudah pun mendapat imbuhan dedak dari Tuan baharunya dengan bertugas menyerang kepimpinan utama UMNO BN terutama Perdana Menteri.

Anda boleh agak, siapa yang Lokman tidak berani sentuh, mungkin itulah ‘Tuan poketnya’.

Ahli UMNO mula keliru, apakah hukuman hanya kepada individu yang menyerang Presiden parti sahaja atau ianya termasuk menyerang dan memfitnah Timbalan dan Naib-naib presiden parti?

No comments

Ads Place