Apabila diamati tuduhan (rujuk video) yang dilemparkan oleh Lokman Adam terhadap YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri maka perbuatan b...
Apabila diamati tuduhan (rujuk video) yang dilemparkan oleh Lokman Adam terhadap YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri maka perbuatan beliau ini adalah amat serius kesannya kepada parti UMNO BN sekiranya tidak dibendung dengan segera.
Beliau membuat pertuduhan sewenangnya dengan mengaitkan YAB Perdana Menteri seolah-olah menjadi individu yang bertanggungjawab cuba menghalang Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) meluluskan permohonan UMNO meminda perlembagaan parti.
Bukan itu sahaja. Lokman Adam turut mengheret ‘pegawai RoS’ dan menteri dalam negeri di dalam pertuduhan liar dan jahat tersebut.
Umum mengetahui bahawa PM Ismail Sabri bukannya ‘jenis’ Perdana Menteri yang akan mencampuri urusan agensi pentadbiran kerajaan di dalam polemik yang berkait dengan parti politik dan juga seperti mana badan kehakiman negara.
Pihak PM Ismail Sabri tidak boleh berdiam diri terhadap perbuatan yang boleh menimbulkan persepsi buruk kepada imej institusi perdana menteri itu sendiri dan perlu mengheret segera Lokman Adam ke muka pengadilan. Tindakan ini adalah untuk membendung agar tidak ada lagi anasir negatif yang boleh merosakkan kepimpinan UMNO di masa akan datang.
Tindakan UMNO memecat beliau satu ketika dahulu adalah tepat dan betul kerana melihat kepada tindakannya selama ini, beliau bertindak hanya menyerang kepimpinan UMNO BN terutama perdana menteri dan bukannya musuh politik UMNO.
Adakah UMNO BN ingin membiarkan individu seperti beliau melakukan perbuatan jahat dan sentiasa mencipta persepsi salah terhadap parti?
Kebal sangatkah beliau? Atau ada ‘Boss’ besar yang membiaya pergerakan jahat beliau sehingga UMNO mendapat mudarat jangka panjang?
No comments