Samada Asyraf Wajdi Dasuki faham atau sengaja untuk memilih jalan populis, ianya memberi kesan yang tidak baik kepada kedudukannya sebagai K...
Samada Asyraf Wajdi Dasuki faham atau sengaja untuk memilih jalan populis, ianya memberi kesan yang tidak baik kepada kedudukannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan parti UMNO itu sendiri.
Asyraf perlu lebih bijak apabila mengeluarkan kenyataan terutama berkait dengan isu keselamatan dan kedaulatan negara kerana beliau juga pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri atas kapasitinya sebagai seorang senator.
Mungkin kerana Asyraf bukan seorang ahli parlimen maka beliau tidak mempunyai maklumat berhubung isu tuntutan Kiram ll tetapi itu bukanlah satu alasan kerana bagi seorang yang berjawatan peringkat pusat di dalam parti, Asyraf wajar bertanya kepada ‘menteri UMNO’ yang turut berada di dalam kabinet kerajaan campuran di bawah pimpinan YAB Dato Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.
Jangan merendahkan kedudukan jawatan Ketua Pemuda UMNO di dalam isu yang telah pun beberapa kali diberi penjelasan kepada ahli parlimen. Tidak hina bertanya tetapi nampak tidak cerdik apabila berlagak pandai sedangkan kita sendiri bukannya ahli parlimen.
Malam esok kerajaan sekali lagi mengambil inisiatif membuat majlis penjelasan dan dialog berkait dengan kes tuntutan ini. Tetapi sayangnya sebab Asyraf bukan ahli parlimen dan cara terbaik bagi Asyraf adalah jangan menjadi ‘lebih sudu dari kuah’.
Ambillah pendekatan, carilah maklumat sebelum membuka mulut kerana politik populis tidak membawa sedikit pun kebaikan kepada parti.
No comments