Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Kejayaan Ismail Sabri Punca Orang Sekelilingnya Diserang

Musuh tidak senang dengan kejayaan demi kejayaan yang berjaya dilakarkan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri terutama dalam memp...


Musuh tidak senang dengan kejayaan demi kejayaan yang berjaya dilakarkan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri terutama dalam memperjuangkan nasib rakyat. Terbaharu, musuh tidak senang apabila PM Ismail Sabri berjaya mengekang ‘kartel’ yang kaya raya kerana selama ini begitu bebas memonopoli pasaran barangan keperluan harian rakyat.

Pelbagai fitnah mula direka untuk burukkan imej PM Ismail Sabri namun gagal dan usaha merosakkan imej pentadbiran YAB Perdana Menteri tidak terhenti di situ sahaja, musuh-musuh ini juga turut menyerang ‘orang di sekeliling’ Perdana Menteri terutamanya pegawai kanan beliau.

Antara mangsa fitnah yang diulang-ulang dan menjadi sasaran utama adalah Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri sendiri yang kononnya meletakkan sejumlah angka atau bentuk bayaran sekiranya sesiapa ingin bertemu atau berurusan dengan YAB Perdana Menteri.

Ini merupakan tuduhan  dan fitnah jahat yang tidak masuk akal. Apakah sehebat itu seorang Perdana Menteri apabila untuk bertemu dengannya perlu membayar sejumlah RM200-RM300 ribu?

Apa yang kita tahu, rakyat dari pelbagai lapisan latar belakang datang berjumpa dengan PM Ismail Sabri setiap hari atas urusan rasmi dan juga tidak rasmi.

Adakah pernah kita mendengar pendedahan dari mulut yang datang bertemu dengan YAB Perdana Menteri bahawa mereka dikenakan bayaran? Atau adakah pernah satu laporan dibuat kepada SPRM berkait dengan perkara itu?

Jika benar seperti yang didakwa oleh musuh-musuh PM Ismail Sabri, maka bodoh sangatlah sesiapa yang membayar wang tersebut kerana rakyat biasa dan ‘orang parti’ boleh sahaja duduk minum dan berbual panjang dengan YAB Perdana Menteri tanpa perlu membayar walau satu sen pun.

Masuk akalkah terpaksa membayar sejumlah wang tersebut sekadar datang bertemu Perdana Menteri? Tuduhan jahat dan melulu ini direka untuk memperlihatkan betapa teruknya pejabat perdana menteri dengan mengharapkan ada yang hilang pertimbangan dan begitu dangkal untuk mempercayainya.

Kita tahu siapa ‘Edisi Siasat’ yang diwujudkan khas untuk menyerang dengan rekayasa jahat pihak-pihak tertentu yang diarahkan oleh ‘majikannya’. Beberapa laporan rasmi telah pun dibuat sejak dulu berkait dengan fitnah jahat dan bodoh ini.

Kita mengharapkan agar pihak PDRM menyegerakan siasatan keatas laporan-laporan yang telah dibuat sebelum ini dan jika tiada tindakan maka kita perlu mendesak agar diperjelaskan laporan hasil siasatan kenapa pemilik ‘Edisi Siasat’ ini dilihat begitu kebal.

Siapa di belakang ‘Edisi Siasat’ ini atau ada dalang di dalam agensi yang secara berterusan menyalurkan pelbagai sumber yang salah dan tidak tepat semata-mata untuk merosakkan imej pejabat perdana menteri?

Tuduhan jahat ini membuktikan bahawa PM Ismail Sabri sukar untuk dijadikan sasaran pihak-pihak yang mahukan kerajaan hari ini dilihat sebagai kerajaan yang gagal.

No comments

Ads Place