Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Asyraf Wajdi Jangan Tunjukkan Tahap Tidak Cerdik Yang Hanya Mengejar Populis

Ahli parlimen Kota Belud dengan sengaja cuba mengelirukan dewan apabila mendesak speaker dengan jerit pekik agar usul ‘Tuntutan Waris Sultan...


Ahli parlimen Kota Belud dengan sengaja cuba mengelirukan dewan apabila mendesak speaker dengan jerit pekik agar usul ‘Tuntutan Waris Sultan Sulu’ dibahaskan. 

Ahli parlimen Kota Belud mengetahui bahawa kes tuntutan dari kononnya ‘waris sultan Sulu’ itu sedang dibicarakan di mahkamah rayuan Perancis dan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melindungi kedaulatan negara secara keseluruhannya termasuk negeri-negeri yang terlibat sekiranya ada.

Status terkini kes tersebut amat jelas dan ahli parlimen Kota Belud seperti tidak memahami langsung bagaimana apabila mahkamah rayuan di Perancis membenarkan permohonan ‘stay execution’ oleh kerajaan Malaysia maka dengan sendirinya tiada sebarang aset negara kita yang berada di luar negara dirampas. Malah ianya tiada kaitan langsung aset Petronas di luar negara dengan kedaulatan negeri Sabah.

Tuntutan di mahkamah Perancis tidak berkait langsung dengan tuntutan terhadap Sabah. Ianya lebih kepada tuntutan berupa kewangan. Tidak timbul soal kedaulatan negeri Sabah.

Tindakan tegas speaker untuk tidak membahaskan isu tuntutan tersebut telah menyelamatkan kepentingan negara kerana sebarang perbahasan terbuka bakal membuka banyak ruang kepada pihak kononnya ‘waris sultan Sulu’ dan mereka akan menggunakannya di sepanjang perbicaraan yang berlangsung.

Timbul persoalan, kenapa Asyraf Wajdi turut melenting? Apa yang Asyraf Wajdi inginkan? 

Kalau ahli parlimen Kota Belud dan kumpulan ahli parlimen pakatan harapan kita sedia maklum, mereka mencari keuntungan dari batuan politik murahan tanpa memikirkan baik buruk kesannya kepada negara. Asyraf Wajdi pula mencari apa? Ingin menjadi hero rakyat Sabah? Memalukan!

Sepatutnya Asyraf lebih cerdik dari ahli parlimen pembangkang, patutlah banyak kali bertanding di pilihanraya umum, asyik kalah.

No comments

Ads Place