Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Apa Niat Tok Mat Muncul Di Portal Anti UMNO?

Kemunculan Timbalan Presiden UMNO di wawancara portal AsiaTimes.com menimbulkan banyak persoalan terutama dari kalangan ahli UMNO sendiri. M...


Kemunculan Timbalan Presiden UMNO di wawancara portal AsiaTimes.com menimbulkan banyak persoalan terutama dari kalangan ahli UMNO sendiri.

Mendengar butiran temubual tersebut dan jawapan yang diberikan oleh Muhammad Hassan, boleh digambarkan bahawa Muhammad Hasan atau lebih popular dengan panggilan Tok Mat sedang mempromosikan dirinya sendiri. 

Timbalan Presiden UMNO itu sudah maklum siapa yang menjemput beliau untuk ditemuramah. Tok Mat juga sedar portal berita internet itu pro kepada parti mana dan siapa pendananya tetapi beliau tetap memilih untuk ‘ke udara’ juga.

Akhirnya meletup viral berita hari ini apabila tajuk yang terpampang di medium maya dikatakan ianya petikan dari jawapan Tok Mat itu sendiri.“Najib perlu masuk penjara kata Tok Mat”. Individu yang bertanggungjawab mengeluarkan artikel tersebut mendakwa itulah apa yang disebut oleh Tok Mat ketika sesi temubual bersama beliau.

Bukan setakat isu kes mahkamah Najib Razak sahaja yang diulas oleh Tok Mat, kes pendakwaan terhadap Presiden UMNO Zahid Hamidi juga turut diulas oleh Tok Mat.

Paling menimbulkan tanda tanya ahli UMNO ialah apabila Tok Mat seolah menidakkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan juga Biro Politik UMNO berhubung keputusan bersetuju mewujudkan kerajaan campuran dan bukannya bubar parlimen walau pilihan pertama kita mahukan parlimen dibubarkan setelah Mahathir melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Tol Mat seperti tidak pernah hadir di mesyuarat tertinggi parti sedangkan beliau adalah Timbalan Presiden. Bagaimana orang nombor dua parti tidak memahami kenapa kerajaan campuran ditubuhkan waktu itu. Tok Mat tidak sedar negara sedang berada di dalam kancah dan kemelut politik yang berterusan? Tok Mat tidak merasai apa yang rakyat hadapi ekoran kesan daripada awal pandemik covid 19? Dan adakah Tok Mat tidak melihat apa titah serta perkenan baginda Yang di Pertuan Agong terhadap kerajaan campuran tersebut?

Ahli UMNO ingin tahu, kenapa Tok Mat tidak menggunakan saluran berita internet milik UMNO atau yang pro kepada partinya sendiri sebaliknya memilih untuk muncul di portal yang tidak pro UMNO?

Apa niat Mat Hasan sebenarnya? Berapa ‘ekor burung’ ingin dibunuh dengan sebiji batu di tangannya itu?

No comments

Ads Place