Menurut sumber ada beberapa syarat yang diberikan oleh Muhyiddin sebelum beliau bersetuju melepaskan jawatan Perdana Menteri. Syarat paling ...
Menurut sumber ada beberapa syarat yang diberikan oleh Muhyiddin sebelum beliau bersetuju melepaskan jawatan Perdana Menteri.
Syarat paling utama adalah, hanya Dato Seri Ismail Sabri sahaja yang boleh mengambil alih jawatan tersebut dan Muhyiddin juga seperti Mahathir, tidak menamakan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri seterusnya.
Selain daripada itu Muhyiddin turut meletakkan beberapa syarat supaya berlakunya senario menang-menang iaitu:-
1. Pemimpin utama dari parti politik pimpinan beliau, PPBM kekal di dalam barisan kabinet kepimpinan yang diterajui oleh PM Ismail Sabri dan kedudukan portfolio mereka boleh berubah.
2. Pengerusi GLC dan agensi seumpamanya yang telah dilantik oleh Muhyiddin perlu dikekalkan sehingga tamat tempoh lantikan.
3. Muhyiddin sendiri kekal sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Ekonomi Negara.
4. Melantik Timbalan Perdana Menteri tanpa menamakan siapakah yang akan dilantik dan juga bilakah tarikh perlantikan tersebut. Keduanya, PM Ismail Sabri dan Muhyiddin bersetuju perlantikan ini adalah di bawah kuasa prerogatif Perdana Menteri.
Menurut sumber lagi, ‘perjanjian’ ini dilanggari oleh Muhyiddin Yassin kerana beliau secara terbuka mengaturkan rancangan untuk menjatuhkan PM Ismail Sabri dengan memujuk Pakatan Harapan untuk bersama dengannya.
Tambah sumber, Muhyiddin yang bertindak bagaikan orang yang gila kuasa dan secara lojiknya, perjanjian persefahaman antara beliau dan PM Ismail Sabri sudah terbatal.
Harus diingat bahawa perjanjian ini merupakan perjanjian yang melibatkan parti-parti samada dalam atau pun luar kerajaan dengan perdana menteri yang telah diperkenankan oleh Yang di Pertuan Agong dan bukannya sebuah perjanjian antara dua parti politik.
Jika wujudnya tohmahan atau naratif yang cuba digerakkan oleh pihak-pihak dari kalangan UMNO sendiri bahawa PM Ismail Sabri melanggar ketetapan atau perlembagaan parti UMNO maka itu adalah satu bentuk propaganda murahan yang tidak mengetahui dan memahami objektif asal bagaimana kestabilan politik boleh dicapai sepertimana titah baginda Yang di Pertuan Agong.
Bagi PM Ismail Sabri, beliau sudah bersedia untuk membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada pilihanraya umum ke 15 sekiranya Muhyiddin dan PPBM berterusan mengugut atau cuba menarik sokongan kepada kerajaan yang sedia ada.
No comments