Kemelut berpanjangan di barisan kepimpinan utama UMNO membawa petanda yang tidak baik. Pendedahan terkini tentang pembohongan Presiden UMNO,...
Kemelut berpanjangan di barisan kepimpinan utama UMNO membawa petanda yang tidak baik.
Pendedahan terkini tentang pembohongan Presiden UMNO, Zahid Hamidi oleh YB Tajuddin Rahman menambahkan lagi situasi yang tidak menguntungkan UMNO.
Ahli UMNO seluruh negara mulai sangsi, apakah benar Zahid berkempen kepada ahli parlimen UMNO agar menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri seperti dakwaan Tajuddin? Malah Tajuddin sendiri mengakui beliau menandatangani surat akuan bersumpah menyokong Anwar kerana didesak oleh Zahid.
Kenapa Zahid bertindak demikian?
Mungkinkah Zahid tahu bahawa namanya sudah tidak mampu diterima oleh ahli parti sebagai calon Perdana Menteri kerana terpalit dengan terlalu banyak kes pendakwaan rasuah lantas mengambil jalan mudah dengan menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri dengan berharap agar dibebaskan dari kes yang dihadapinya?
Sewajarnya Zahid bertindak dengan berehat dari jawatannya dan memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO, Muhammad Hassan seperti sebelumnya bagi menjalankan tugas presiden UMNO. Zahid juga sepatutnya boleh mencontohi Najib Razak dengan menyerahkan terus jawatan tersebut, dengan kata lain meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO demi meletakkan keutamaan parti mengatasi kepentingan peribadi.
Zahid perlu buktikan beliau berjiwa besar dan berlapang dada dan bukannya terus menerus menjadikan UMNO sebagai ‘lapang sasar perang saudara’ yang akhinya peluang UMNO BN untuk menang di pilihanraya umum ke 15 gagal sepenuhnya.
Tidak rugi berundur kerana UMNO terkenal dengan ramainya pemimpin pelapis. Zahid perlu meletakkan kepercayaan bahawa Timbalan dan Naib-naib presiden UMNO juga pemimpin yang berwibawa seperti Najib juga yakin Zahid dan lain-lainnya mampu memimpin UMNO.
Jangan kerana ego yang tinggi, parti keramat umat Melayu ini karam selamanya.
No comments