Tidak ada sesiapa pun mampu memberi jawapan apabila UMNO mendapat nyawa kembali setelah kalah di pilihanraya umum ke 14. Siapa sangka, sele...
Tidak ada sesiapa pun mampu memberi jawapan apabila UMNO mendapat nyawa kembali setelah kalah di pilihanraya umum ke 14.
Siapa sangka, selepas dimalukan pada pilihanraya tersebut, dari menjadi pembangkang kemudian menjadi sebahagian daripada kerajaan ketika Muhyiddin menjadi Perdana Menteri dan akhirnya wakil dari UMNO BN menjadi Perdana Menteri setelah Muhyiddin gagal menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri selepas Mahathir meletakkan jawatan.
Ini semua berlaku di dalam waktu tidak sampai 3 tahun. Selama waktu tersebutl imej UMNO amat sukar untuk dipulihkan sehinggalah Dato Seri Ismail Sabri dipilih oleh majoriti ahli parlimen dari pelbagai parti menjadi Perdana Menteri bagi menggantikan Muhyiddin.
Tugas PM Ismail Sabri tidak semudah yang disangkakan. Memimpin kerajaan campuran, mengeluarkan negara dengan segera dari ancaman pandemik covid19, menguruskan ekonomi rakyat, ekonomi negara, menstabilkan nilai matawang Ringgit dan memberi keyakinan kepada pelabur luar bahawa Malaysia adalah destinasi pelaburan terbaik di rantau ini serta pokok utama bagi kesemuanya tersebut adalah kestabilan negara ini sendiri.
Negara akan hancur sekiranya kestabilan politik tidak mampu diwujudkan dan PM Ismail Sabri berjaya menunjukkan betapa negara di dalam keadaan prestasi terbaik termasuk kedudukan ekonomi negara yang semakin baik dan kemakmuran rakyat semakin memulih selepas melalui pandemik covid19.
Namun UMNO dilihat tidak bersungguh secara konsisten untuk meraih kembali keyakinan rakyat terhadap partinya ketika Ismail Sabri lebih berjaya menguruskan negara berbanding dengan Muhyiddin Yassin malah beberapa keputusan yang dibuatnya menjadikan beliau adalah Perdana Menteri yang berjaya melakarkan ‘sejarah keberanian’ sebagai Perdana Menteri. Sebagai contoh, Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri yang pertama membatalkan AP impot ayam dan beberapa makanan keperluan rakyat serta melarang ayam daripada diekspot demi untuk menstabilkan harga ayam di ketika wujudnya kartel yang cuba memanipulasi harga ayam.
Kewujudan kumpulan yang dilihat begitu bersungguh mendesak Perdana Menteri supaya membubarkan parlimen secara terbuka bagaikan mensabotaj Perdana Menteri yang begitu konsisten membuat kenyataan berhubung isu pembubaran tersebut.
Sebagai orang parti dan setia kepada UMNO BN, PM Ismail menegaskan bahawa beliau patuh kepada keputusan Majlis Kerja Tertinggi dan juga ketetapan Perhimpunan Agung UMNO berhubung agenda pembubaran parlimen. Tetapi kewujudan ‘tangan ghaib’ yang cuba mengelirukan ahli parti bakal mengganggu imej UMNO BN sekarang. Rakyat dilihat mula selesa dengan kepimpinan Ismail Sabri malah parti politik yang turut berada di dalam kerajaan campuran juga dilihat begitu menghormati PM Ismail Sabri. Ini adalah bukti betapa Ismail Sabri dihormati oleh pihak lawan.
Rakyat melihat UMNO yang sedang menyerang UMNO dan bukan musuh politiknya.
No comments