Pilihanraya umum ke 14 menyaksikan bahtera UMNO buat pertama kalinya karam setelah lebih daripada 60 tahun menjadi kerajaan persekutuan. Aki...
Pilihanraya umum ke 14 menyaksikan bahtera UMNO buat pertama kalinya karam setelah lebih daripada 60 tahun menjadi kerajaan persekutuan.
Akibat kekalahan yang memalukan tersebut, Presiden UMNO ketika itu Najib Razak mengambil tanggungjawab menyerahkan jawatan presiden parti kepada Zahid Hamidi. Ahli UMNO melihat tindakan tersebut sebagai seorang pemimpin UMNO yang berjiwa besar dan meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi.
Menurut Najib, beliau tidak mahu mengheret UMNO bersama dalam menghadapi pertuduhan di mahkamah. Beliau bertekad ingin membersihkan namanya melalui proses perundangan yang adil.
Rakyat juga menilai kepimpinan UMNO BN apabila pemimpin utama menunjukkan betapa rakyat dan negara didahulukan dan bukannya ketamakan kuasa menjadi keutamaan.
Hasilnya, rakyat mula menaruh keyakinan kembali kepada UMNO BN dan ini boleh dilihat daripada keputusan beberapa siri pilihanraya kecil dan pilihanraya negeri Melaka dan Johor. Rakyat melihat kesungguhan pemimpin UMNO BN untuk berubah.
Zahid sepatutnya lebih peka kepada respon rakyat ketika itu dan keadaannya jauh berbeza pada waktu ini. Zahid perlu membaca apa kemahuan rakyat apabila kesnya mula dibicarakan di mahkamah. Bukan satu atau dua kes tetapi lebih daripada empat puluh kes yang berkaitan dengan rasuah.
Zahid tidak mengambil pengajaran daripada kekalahan bersejarah UMNO BN pada pilihanraya umum ke 14 apabila isu 1MDB dijadikan modal serangan terhadap Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO ketika itu. Gema ‘ UMNO rasuah’ berbunyi setiap hari dan di setiap sudut negara ini. Akhirnya isu tersebut berjaya menghakis kepercayaan dan kesetiaan rakyat selama ini terhadap UMNO BN.
Di garis masa sekarang, walaupun UMNO BN nampak seperti bangkit semula dari kekalahan namun Zahid perlu ingat, kes pendakwaan beliau yang sedang berjalan bakal menjadi senjata utama pada pilihanraya umum ke 15 kelak.
Rakyat akan lupa bagaimana mereka ditipu dengan janji manis oleh pakatan harapan ketika pilihanraya umum ke 14 apabila saban hari kes rasuah yang dihadapinZahid dijaja oleh pihak lawan.
Sekeras batu akan lekuk juga akibat terkena titisan air yang berterusan di tempat yang sama.
UMNO masih ada kelebihan walaupun kerajaan sekarang adalah bersifat campuran melalui jawatan Perdana Menteri tetapi sekiranya nakhoda parti tidak bertukar, imej parti bakal tenggelam juga.
Dan apabila imej parti UMNO tenggelam, jawatan Perdana Menteri yang disandang UMNO juga sudah tidak bernilai.
Lainlah sekiranya Zahid ada merancang untuk bersama Anwar…
No comments