Antara faktor kekalahan UMNO BN di pilihanraya umum ke 14 adalah kerana wujudnya perpecahan dalaman parti. Ahli UMNO sendiri termakan hasuta...
Antara faktor kekalahan UMNO BN di pilihanraya umum ke 14 adalah kerana wujudnya perpecahan dalaman parti. Ahli UMNO sendiri termakan hasutan yang direkayasa oleh kumpulan yang mempunyai agenda kepentingan peribadi.
Isu fitnah jahat yang sengaja dibuat oleh kumpulan pencacai dengan niat memecah belahkan perpaduan UMNO BN ketika itu berjaya memporak perandakan kekukuhan hubungan antara ahli yang selama ini dibina dan umpan yang dibuat oleh kumpulan pencacai akhirnya dimakan dengan mudah.
Kini kumpulan tersebut aktif kembali. Mereka mula agresif menyerang kepimpinan utama UMNO BN apabila jawatan Perdana Menteri ‘kembali’ kepada UMNO BN dan Dato Seri Ismail Sabri adalah sasaran utama kumpulan pencacai tersebut.
Peliknya ketika Mahathir dan Muhyiddin memegang jawatan tersebut, kumpulan pencacai tersebut menikus umpama lari masuk ke gua, tidak berani untuk menyerang dengan tujuan melemahkan kedudukan pakatan harapan dan kepimpinan Mahathir malah Muhyiddin sekali pun.
Kesungguhan kumpulan pencacai ini semakin menjadi-jadi sehinggakan kes pendakwaan terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak dan kes presiden parti, Zahid Hamidi cuba dijadikan isu dengan mengaitkan dengan kedudukan jawatan perdana menteri.
Kumpulan pencacai cuba merosakkan nama baik jawatan Perdana Menteri dengan mendesak Perdana Menteri masuk campur urusan institusi kehakiman negara sedangkan Najib Razak dan Zahid Hamidi menegaskan agar tiada campurtangan di dalam kes mereka supaya integriti kehakiman negara ini terjaga. Mereka berdua hanya mahukan perjalanan kes berjalan seadilnya
Bagi kumpulan pencacai, isu tersebut adalah umpan terbaik untuk merosakkan reputasi YAB Perdana Menteri dari UMNO BN. Mereka sudah mati akal apabila PM Ismail Sabri berjaya menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri dan rakyat mula menaruh keyakinan kembali kepada beliau dan buktinya UMNO BN memenangi 7 siri pilihanraya kecil dan dua pilihanraya negeri iaitu Melaka dan Johor.
Kartel pencacai panik apabila PM Ismail Sabri adalah antara faktor utama yang menyumbang ke arah kemenangan UMNO BN tersebut. Rakyat kembali selesa dengan UMNO BN apabila mereka membuat perbandingan antara Mahathir, Muhyiddin dan Ismail Sabri di penggal selepas pilihanraya umum ke 14.
Tidak mudah untuk memimpin kerajaan campuran selepas apa yang berlaku di dalam sejarah negara namun PM Ismail Sabri berjaya membuktikan bahawa beliau mampu membawa semua pemimpin dari politik yang berbeza untuk duduk semeja dan memberi keutamaan kepada membina semula negara akibat dari kesan pandemik covid19.
Sekiranya ahli UMNO menari rentak kartel pencacai maka UMNO BN akan kalah lagi sekali di pilihanraya umum ke 15.
Kenapa kartel pencacai begitu mendesak agar Perdana Menteri membubarkan segera parlimen supaya memberi laluan kepada pilihanraya umum ke 15 sedangkan kesemua ahli UMNO sudah jelas dan faham bahawa ‘Top 5’ diberikan mandat oleh Majlis Kerja Tertinggi dan juga dipersetujui oleh perwakilan UMNO dari seluruh negara? Jawapannya mudah, kartel pencacai hanya ingin melihat UMNO BN terus hancur. Mereka hidup dengan upahan yang lumayan supaya UMNO BN terus menerus kalah di pilihanraya umum.
No comments