Usaha kumpulan yang cuba menimbulkan kucar-kacir kepimpinan UMNO dari dalam nampaknya menemui jalan buntu apabila YAB Perdana Menteri Dato S...
Usaha kumpulan yang cuba menimbulkan kucar-kacir kepimpinan UMNO dari dalam nampaknya menemui jalan buntu apabila YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri dengan tegas menjawab pertanyaan dari wartawan berkenaan tarikh pilihanraya.
PM Ismail Sabri menyatakan bahawa “Tiada PM Yang Bincang Tarikh Pilihanraya Secara Terbuka” ketika hadir dipembukaan rasmi Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu.
Melalui keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi, Perhimpunan Agung UMNO 2021 dan Perhimpunan Khas UMNO 2021 dengan jelas membuat keputusan sebulat suara menyerahkan kepada kebijaksanaan ‘Top 5’ untuk berbincang tarikh yang sesuai untuk persembahkan kepada Yang diPertuan Agong bagi memperkenankan tarikh tersebut.
Keanggotaan ‘Top 5’ adalah terdiri daripada Presiden UMNO, Timbalan Presiden dan 3 orang Naib Presiden.
Keputusan yang telah dibuat sebelum ini oleh Majlis Kerja Tertinggi dan Pengerusi Perhubungan Negeri seluruh negara adalah PM Ismail Sabri sebagai ‘poster boy’ bagi pilihanraya umum ke 15 dan beliau adalah satu-satunya calon tunggal UMNO letakkan sebagai Perdana Menteri sekiranya UMNO BN menang pilihanraya tersebut.
Apa lagi yang masih menjadi modal kepada kumpulan pencacai? Semua telah dijawab sebelum ini dan YAB Perdana Menteri sendiri pun sudah menyatakan dengan jelas berhubung perkara yang cuba dijadikan isu oleh kumpulan pencacai yang semakin terdesak?
Ahli UMNO BN sudah matang untuk menilaikan modal politik murahan yang cuba ditimbulkan oleh kumpulan pencacai berkepentingan peribadi ini.
Sekarang bukan masa sesuai untuk mendesak tetapi ianya adalah masa yang penting untuk menyiapkan jentera parti di kesemua peringkat.
PM Ismail Sabri sedang melakukan yang terbaik untuk menstabilkan ekonomi rakyat dan negara dan impaknya juga bakal memberi kesan kepada keyakinan rakyat terhadap perdana menteri dari parti UMNO BN di pilihanraya umum akan datang.
Jangan kerana langau yang hanya mempunyai kepentingan politik peribadi maka UMNO BN sekali lagi tersungkur dihukum oleh rakyat.
Berilah peluang kepada ‘Top 5’ menyusun strategi menang pilihanraya umum ke 15 dan bukannya membiarkan nasib UMNO BN di tangan kumpulan pencacai.
No comments