Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Tarikh PRU: Strategi Menang Bukannya Laungan Retorik

Sekarang kelebihan kepada UMNO BN berbanding dengan parti-parti politik yang lain adalah jawatan Perdana Menteri.  Ketika ini walaupun keraj...


Sekarang kelebihan kepada UMNO BN berbanding dengan parti-parti politik yang lain adalah jawatan Perdana Menteri. 

Ketika ini walaupun kerajaan Malaysia adalah kerajaan campuran tetapi masih kekal tertakluk kepada perlembagaan negara. Perdana Menteri masih kekal sebagai ketua negara di dalam sistem pentadbiran dan mempunyai prerogatif di dalam membuat keputusan penting bagi menentukan halatuju negara.

Kelebihan yang ada di ketika parti-parti politik dilihat mempunyai kelebihan masing-masing untuk memenangi pilihanraya umum akan datang.

Pakatan Harapan, walaupun parti ini terkenal dengan kesilapan besar menipu di dalam menjanjikan manifesto pada pilihanraya umum ke 14 namun pada hakikatnya ‘kejatuhan’ kerajaan mereka adalah kerana kesilapan Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri atas sebab yang masih belum terjawab tetapi dipercayai kerana masalah dalama pakatan tersebut. Jumlah kerusi yang dimenangi di beberapa siri pilihanraya kecil dan negeri membuktikan parti tersebut masih mempunyai pengaruh.

Beberapa parti politik yang baharu lulus dan masuk ke gelanggang pilihanraya seperti Warisan di Sabah, MUDA yang menunjukkan ada sokongan golongan tertentu dan parti yang ditubuhkan Mahathir, Pejuang mula menampak sokongan perlu diambil kira oleh UMNO BN.

PAS dan PPBM walaupun tidak menyerlah di pilihanraya kecil dan negeri tetapi masih mempunyai pengaruh yang kuat di beberapa kawasan dan negeri tertentu. Ini adalah indikator bahawa UMNO BN tidak boleh memandang ringan pada pilihanraya umum ke 15 nanti.

Terlalu subjektif untuk mengatakan UMNO BN boleh menang besar atau dua pertiga kelak kerana negara baharu saja memasuki fasa endemik covid19. Masih wujud virus membunuh tersebut dan kerajaan masih di dalam ‘mood’ berhati-hati agar tiada lagi gelombang yang boleh meranapkan segala perancangan ‘bangkit’ dari segala kesan virus itu. 

Ekonomi rakyat dan negara perlu dipulihkan segera dan permasalahan akibat covid19 seperti kenaikan harga barang keperluan, nilai matawang, pasaran saham dan pelbagai lagi sudah dijangka oleh YAB Dato Seri Ismail Sabri. Segala masalah tersebut sedang diatasi dengan perancangan jangka pendek dan panjang supaya rakyat dan negara tidak terjerumus ke dalam kancah yang lebih besar.

Inflasi dan bekalan barangan keperluan harian rakyat perlu ditangani dengan baik. Pelabur perlu diyakinkan bahawa Malaysia adalah destinasi tepat untuk melabur dan ini kesemuanya dilakukan oleh PM Ismail dengan segera sebaik sahaja negara memasuki fasa endemik covid19.

Satu kerugian yang besar sekiranya UMNO BN menjadikan agenda pembubaran parlimen sebagai perbincangan umum dan terbuka. Sedangkan ianya adalah senjata terakhir bagi mana-mana parti yang memegang kuasa memimpin negara.

Laungan semangat ‘bubar parlimen’ dan cakap-cakap mengenainya perlu dihentikan segera kerana PM Ismail Sabri sudah beberapa kali mengeluarkan kenyataan sebelum ini malah semalam di ketika Konvensyen BN, lagi sekali PM Ismail Sabri menyatakan parlimen akan dibubarkan segera sebagaimana Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan perwakilan persetujui menyerahkan mandat kepada Top 5.

UMNO BN pernah lalui pengalaman buruk di dalam sejarah pilihanraya umum ke 14, kalah yang memalukan kerana isu harga barangan keperluan rakyat tidak ditangani dengan betul dan musuh berjaya mengelirukannya dengan sistem cukai GST ketika itu.

Sebagai Presiden parti, Zahid wajar bertindak dengan cermat dan bijak. Konvensyen BN sepatutnya tempat berkumpul dan menzahirkan idea-idea segar serta bagaimana perancangan pilihanraya perlu dilakukan dan bukannya tempat mengumpulkan sorakan yang tidak memberi impak besar kepada kemenangan parti.

PM Ismail Sabri membuka minda peserta konvensyen semalam apabila beliau menegaskan bahawa ‘tidak akan menangguhkan walau sesaat untuk bubar parlimen jika BN sudah bersedia’. Maksudnya jelas, jentera wajib dalam keadaan bersedia di kesemua peringkat dan di dalam apa juga keadaan termasuk kewangan parti dan paling penting adalah mood rakyat. 

Pengundi boleh memilih UMNO BN di pilihanraya kecil dan negeri tetapi tidak di pilihanraya umum. Pengalaman pahit ini pernah UMNO BN lalui dan Zahid, Mohd Hasan, Najib serta kepimpinan UMNO jangan lupa titik sejarah hitam ini.

Menang besar di pilihanraya kecil bukan bermakna akan menang selesa pada pilihanraya umum. Pengajaran ini bukan berlaku sepuluh atau dua puluh tahun dahulu tetapi baru sahaja berlaku di pilihanraya umum ke 14.

Tidak salah laungan menaikkan semangat tetapi tidak cerdik menjadikan strategi utama kemenangan parti sebagai bualan harian di kedai kopi dan cakap-cakap di internet.

No comments

Ads Place