Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Subsidi: Pencacai Otak Ayam

Apabila YAB Perdana Menteri mengumumkan pemberian subsidi bersasar khas untuk membantu rakyat berhubung isu kenaikan harga ayam dan harga mi...


Apabila YAB Perdana Menteri mengumumkan pemberian subsidi bersasar khas untuk membantu rakyat berhubung isu kenaikan harga ayam dan harga minyak masak dibotolkan maka perkara pertama dilakukan oleh kumpulan pencacai politik adalah memesongkan fakta sebenar.

Kumpulan pencacai ini cuba memanipulasi bahawa pemberian tambahan sebanyak RM100 (BKM RM400) adalah terlalu kecil. Mereka sengaja menimbulkan persoalan, berapa ekor ayam dan berapa lama dapat bertahan dengan jumlah RM100 tersebut.

Mereka cuba mengelirukan rakyat perbezaan antara bantuan untuk atasi ‘perbezaan kenaikan harga’ dengan harga pembelian seekor ayam.

Apa yang PM Ismail Sabri lakukan adalah membantu meringankan beban rakyat di atas jangkaan kenaikan harga ayam melebihi harga siling. Perbezaan kenaikan dari harga siling yang ditetapkan itu yang ditanggung oleh kerajaan dan rakyat tetap menikmati harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan.

Contohnya mudah. 

Harga siling ayam bulat yang ditetap oleh kerajaan adalah RM8.90 sekilogram

Harga jangkaan kenaikan adalah RM11 sekilogram.

Perbezaan kenaikan adalah RM2.10

Kenaikan RM2.10 itulah yang kerajaan tanggung selama 4 bulan.

Kenapa 4 bulan sahaja?

Jawapannya mudah, kerajaan menjangkakan selama waktu tersebut, harga ayam bakal stabil kerana di waktu yang sama AP impot ayam kekal dilaksanakan dan ini bermakna tiada lagi wujudnya orang tengah atau kartel yang cuba menguasai harga pasaran runcit.

Di dalam isu penarikan subsidi minyak yang dibotolkan. Pencacai cuba melindungi penyelewengan yang dilakukan oleh pihak industri, komersial dan kumpulan penyeludup minyak  masak? Keistimewaan yang diberikan untuk membantu golongan yang terkesan dengan pandemik covid19 disalah gunakan.

Kenapa pencacai berotak ayam tidak mendedahkan bahawa subsidi minyak masak berpeket masih diteruskan dan jumlah subsidi terhadap produk tersebut juga ditingkatkan dari RM500 juta pada tahun 2020, RM2.2 bilion pada 2021 dan RM4 bilion pada tahun 2022 serta penambahan jumlah metrik tan juga ditambah oleh kerajaan dari 55 ribu metrik tan sebulan kepada 60 ribu metrik tan. 

Percayalah, pencacai yang berkepentingan peribadi tidak akan berhenti memutar belitkan isu. Mereka begitu terdesak kerana dedak yang diberikan tidak memberi pulangan kepada pihak yang menyuapnya.

Kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ sentiasa mengutamakan rakyat.

No comments

Ads Place