Kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ meletakkan keseluruhan rakyat sebagai ahli keluarga. Semua golongan tidak terkecuali, miskin atau kaya, kesemua...
Kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ meletakkan keseluruhan rakyat sebagai ahli keluarga. Semua golongan tidak terkecuali, miskin atau kaya, kesemuanya adalah bagaikan satu keluarga dan bapanya adalah Perdana Menteri.
YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri telah membuktikan bahawa sebagai seorang bapa kepada sebuah keluarga besar, semua ‘anak-anak’ dijaga. Namun tidak boleh dipertikaikan bahawa dalam ‘setandan pisang’ tidak semua yang masak ranumnya.
Begitulah juga dalam sebuah famili, apa lagi keluarga yang besar ahlinya. Terpaksa hukum dengan bijaksana bagi anak yang langgar peraturan.
PM Ismail Sabri membuat keputusan yang berani dan bijak. Bantuan subsidi kepada penternak yang diluluskan sebanyak RM720 juta rupanya turut membongkar kerenah dan rahsia sesetengah penternak ayam. Kerajaan sudah berbesar hati ingin membantu mereka, kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ sanggup membuat keputusan segera membantu mereka supaya penternak ini dapat pula membantu rakyat, tetapi lain pula jadinya.
Ada penternak yang tidak memohon bantuan subsidi tersebut kerana mereka tidak mempunyai lesen ternak yang sah. Ada juga penternak yang takut istihar jumlah sebenar pendapatan mereka. Akibatnya program perihatin kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ yang berniat baik untuk membantu mengatasi masalah harga ayam tidak berjaya kerana ramai di antara penternak tidak memohon subsidi untuk program ini.
Mereka yang mengadu betapa kos bahan makanan ayam ternakan naik mendadak, kerajaan bersungguh membantu tetapi akhirnya sesetengah mereka tidak ingin bersama kerajaan untuk saling membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat.
Adakah kerajaan melakukan kezaliman kepada mereka? Jawabnya tidak, jumlah subsidi yang diperuntukan kepada penternak ini bukannya satu angka yang kecil.
Keputusan yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri adalah tepat, menggunakan dana yang sama tetapi terus diberikan kepada rakyat yang memerlukan.
Kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ tidak tunduk kepada percaturan kartel.
No comments