Sekarang adalah masa yang terbaik kepada semua pemimpin politik di negara ini membuktikan kepada rakyat bahawa perlunya saling bergandingan ...
Sekarang adalah masa yang terbaik kepada semua pemimpin politik di negara ini membuktikan kepada rakyat bahawa perlunya saling bergandingan bagi memastikan negara pulih dan bertambah baik selepas pandemik covid19.
Ini sesuai dengan amanat titah baginda Yang di Pertuan Agong sebaik sahaja YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail mengangkat sumpah jawatan menggantikan Muhyiddin Yasin.
Malah ‘akujanji’ dari parti-parti blok pembangkang termeterai dengan murni apabila bersetuju membantu kerajaan campuran yang dipimpin oleh PM Ismail Sabri dalam usaha membangunkan semula ekonomi rakyat dan negara selepas dunia dilanda pandemik yang membunuh jutaan jiwa di seluruh dunia itu.
Belum pun sampai setahun Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri dan masih terlalu baharu Malaysia menuju ke era endamik. Sempadan negara baru dibuka dan urusan harian rakyat juga baharu sahaja bermula. Maka titik utama yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan dan semua pemimpin politik adalah memberi apa sahaja bantuan yang rakyat perlukan termasuk fizikal dan sokongan moral dan di waktu yang sama ekonomi negara perlu dipulihkan segera malah negara luar yang selama ini menghormati Malaysia sedang memerhatikan dari segi aspek kestabilan dan kemakmuran negara.
Bagaimana pelabur luar sedia ada kekalkan pelaburan mereka dan pelabur baharu menjadikan Malaysia sebagai hub pelaburan strategik di rantau ini. Kesemua ini bergantung kepada kestabilan negara terutama kestabilan politik. Adalah satu kegagalan sekiranya pelabur luar mengambil sikap tunggu dan lihat kerana ianya bakal mengubah haluan mereka melabur di negara lain.
YAB Perdana Menteri sendiri telah menegaskan bahawa pilihanraya umum ke 15 paling lewat akan diadakan dalam masa setahun dan kemungkinan berlaku lebih awal. Kesungguhan PM Ismail Sabri adalah untuk mempercepatkan proses ‘pemulihan’ negara. Ekonomi domestik berjalan mengikut perancangan dan menarik pelabur luar supaya segera melabur di sini.
Setahun bukannya suatu jangkamasa yang lama dan sepatutnya digunakan oleh kesemua parti politik sebaik mungkin untuk persiapkan jentera masing-masing. Bukannya suatu yang normal apabila ‘pemegang kuasa prerogatif’ memberi bayangan awal bila akan berlaku pilihanraya umum. Mungkin YAB Perdana Menteri benar-benar ingin memberi peluang kepada semua parti politik supaya memfokuskan sebuah kerajaan yang stabil terlebih dahulu sebelum piliharaya umum berlaku.
Bagi PM Ismail Sabri, parti politik tidak sewajarnya hipokrit dan retorik. Membantu rakyat dan negara bukan hanya ketika banjir sahaja kerana musibah paling besar kepada negara adalah memulihkan semangat rakyat mengharungi kehidupan selepas bencana covid19 dan menaikkan kembali ekonomi negara kepada yang lebih baik kerana sekiranya pelabur lari dan enggan memasuki negara maka itu adalah musibah yang amat besar.
UMNO BN perlu menjadi lebih bijak apabila perdana menteri adalah dari parti mereka dan bukannya tunduk dengan desakan dalang pencacai berbayar yang mempunyai agenda peribadi.
No comments