Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Perdana Menteri Yang Berani Melawan Kartel

Bagaimana Nur Jazlan menilai YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri?  Apa asas Nur Jazlan sebenarnya apabila melontarkan tohman jahat ba...


Bagaimana Nur Jazlan menilai YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri? 

Apa asas Nur Jazlan sebenarnya apabila melontarkan tohman jahat bahawa perdana menteri sekarang adalah yang paling lemah? 

Lemahkah Ismail Sabri apabila beliau adalah:

1. Perdana Menteri yang pertama memansuhkan AP impot ayam dan barang keperluan lain dari luar negara. Ini membuka seluasnya peluang kepada sesiapa sahaja boleh mengimpot ayam sesuai dengan syarat yang dikenakan dan hasilnya tiada lagi kewujudan orang tengah yang memanipulasi harga barang keperluan rakyat.

2. Ketika krisis harga ayam, beliau menjadi perdana menteri yang pertama mengarahkan agar tidak membenarkan ayam diekspot keluar bagi mengekang harga  ayam supaya tidak naik mendadak.

3. Perdana Menteri yang pertama berdepan dengan kartel penternak ayam dalam isu subsidi dan harga ayam dengan mengambil langkah untuk memberikan subsidi berkenaan terus kepada pengguna untuk menampung kesan kenaikan harga ayam.

4. Perdana Menteri pertama yang menubuhkan pasukan menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, bagi membantu Keluarga Malaysia menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup.

5. Perdana Menteri pertama yang mengarahkan supaya Bahasa Kebangsaan diwajibkan bagi acara rasmi kerajaan di dalam dan luar negara.

6. Perdana Menteri yang pertama boleh duduk bersama pembangkang untuk menandatangani perjanjian persefahaman saling membantu membangunkan negara demi rakyat dan negara yang menderita kesan daripada pandemik covid19.

7. Perdana Menteri yang berjaya mendapat kelulusan untuk pindaan Perlembagaan Persekutuan melibatkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Dewan Rakyat pada 14 Disember 2021.

8. Perdana Menteri yang pertama dari UMNO juga boleh dianggap sebagai seorang Perdana Menteri yang mentadbir negara dengan cara yang unik apabila membentuk kerajaan dengan pelbagai parti lain untuk mentadbir negara untuk kepentingan rakyat.

9. Perdana Menteri dari UMNO yang pertama mendapat kepercayaan dari pemimpin parti ‘musuh’ untuk menjadi Perdana Menteri dan pemilihan beliau bukan satu kelemahan tapi kelebihan dan kekuatan yang tidak ada pada pemimpin lain dalam parti terbesar orang Melayu.

Banyak lagi senarai keberanian Ismail Sabri termasuk ketika menjadi Ketua Pembangkang yang mampu berhadapan dengan Mahathir ketika UMNO kalah di pilihanraya umum ke 14. 

Di mana Jazlan ketika UMNO BN kalah? Dalam gua?

No comments

Ads Place