Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Pemecatan Tajuddin Rahman: Zahid Tidak Matang

Keputusan menamatkan tugas Tajuddin Rahman sebagai anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO dilihat bukannya datang dari keputusan sebulat suara ...


Keputusan menamatkan tugas Tajuddin Rahman sebagai anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO dilihat bukannya datang dari keputusan sebulat suara ahli-ahli majlis berkenaan tetapi ianya adalah keputusan presiden parti, Zahid Hamidi.

‘Alasan’ dihentikan tugas yang dinyatakan di dalam surat yang ditandatangani oleh Zahid seolah-olah kerana YB Dato Sri Tajuddin Rahman dilantik sebagai Duta Besar ke Indonesia.

Logiknya, alasan tersebut tidak masuk akal. Zahid sengaja lupa bahawa arwah Jamaluddin Jarjis juga ahli Majlis Kerja Tertinggi ketika Najib sebagai presiden UMNO dan arwah juga adalah Duta Malaysia ke Amerika Syarikat.

Adakah Zahid tidak mengetahui jarak antara Jakarta dan Amerika Syarikat dengan Kuala Lumpur? Tahukah Zahid, penerbangan dari Jakarta ke Kuala Lumpur hanya mengambil masa 2 jam dan 20 minit iaitu hampir sama dengan jarak penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur (2 jam 30 minit).

Adakah selama ini Tajuddin gagal menunjukkan komitmen kerja sebagai ahli MKT UMNO? Kalau Najib Razak boleh menilai ‘performance’ arwah Jamaluddin Jarjis yang jauh di Amerika Syarikat, Zahid pula menilai Tajuddin seorang yang bakal gagal ‘perform’ bila berada di Jakarta?

Kenapa keputusan yang dibuat nampak begitu terdesak dan tergesa-gesa? Adakah Zahid berbohong apabila bercakap mengenai solidariti sesama ahli parti? Pemecatan Tajuddin amat bertentangan dengan pendirian parti. UMNO menangguhkan pemilihan parti sebelum pilihanraya umum ke 15 dengan tujuan untuk memelihara solidariti di kalangan ahli parti tetapi malangnya Zahid memilih untuk menjadi pemimpin bersifat diktator dan ‘bercakap tidak serupa bikin’.

Zahid menegaskan bahawa parti menangguh pemilihan parti kerana takut UMNO berpecah tetapi tindakan memecat Tajuddin menunjukkan Zahid sendiri yang menjadi tukang pecah-belahkan parti.

Kalau sudah tidak yakin dengan solidariti sesama pemimpin, adalah lebih baik Zahid umumkan pemilihan parti secepat mungkin.

Jangan hidup bongkak berselindung di sebalik kuasa presiden parti.

No comments

Ads Place