Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Pemberian Subsidi: Jangan Putar Belit Demi Kepentingan Peribadi

Hari ini sekali lagi YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri membuat keputusan drastik demi untuk kepentingan rakyat apabila menghentikan...


Hari ini sekali lagi YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri membuat keputusan drastik demi untuk kepentingan rakyat apabila menghentikan subsidi kepada penternak ayam yang berjumlah RM760 juta dan mengagihkannya kepada hampir 80% rakyat Malaysia termasuk kepada kesemua penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

PM Ismail Sabri melihat perlunya rakyat sebagai pengguna dibantu secara langsung. Isu kenaikan harga ayam pada peringkat awalnya, PM Ismail Sabri membuat keputusan menghapuskan AP impot ayam dari luar negara dan menjadikan beliau sebagai perdana menteri yang pertama bertindak demi kepentingan keseluruhan rakyat negara ini.

RM100 sahaja?

Nampak pada pandangan mata kasar sedikit dengan nilaian sedemikian namun sekiranya diperhalusi maka rakyat akan faham betapa nilai tersebut bukanlah harga bagi sekeluarga untuk membeli berapa ekor ayam sebulan tetapi jumlah RM100 tersebut adalah kos belanja ‘penimbal’ kepada perbezaan kenaikan harga ayam daripada harga runcit terkini.

Sebagai contoh, harga siling ayam yang ditetapkan kerajaan adalah RM8.90 sekilo dan sebuah keluarga menggunakan 2 ekor ayam yang beratnya 1.5kilogram bagi setiap ekor (2 ekor = 3kg) sebagai lauk makanan hariannya dan berlaku kenaikan harga kepada RM11.00 sekilogram maka perbezaan kenaikan adalah RM2 bagi setiap kilogram dan kenaikan sebanyak RM6 untuk 2 ekor ayam tersebut. Penggunaan untuk sebulan adalah 8 ekor yang bersamaan RM24. (Dengan andaian 6 orang ahli keluarga).

Dengan bantuan tambahan yang diberikan sebanyak RM100 sebagai perbelanjaan tampungan maka kerumitan rakyat atau pengguna selama empat bulan dapat diringankan. Tindakan ini bukanlah satu penyelesaian menyeluruh tetapi ianya bersifat menampung kenaikan harga seketika.

Untuk subsidi minyak masak pula, perdana menteri menegaskan bahawa kerajaan masih mengekalkan subsidi dengan jumlah RM4 bilion untuk tahun 2022 berbanding RM500 juta pada tahun 2020 dan RM2.2 bilion pada tahun 2021. Jumlah minyak masak yang disubsidikan oleh kerajaan melebihi keperluan sebenar iaitu 60 ribu metrik tan sebulan berbanding keperluan hanya 55 ribu tan metrik untuk sebulan.

Ketegasan PM Ismail Sabri boleh dilihat apabila menarik balik subsidi minyak masak botol kerana ianya banyak diselewengkan oleh pihak industri, komersial dan aktiviti penyeludupan. Maka bermula 1 Julai 2022, kerajaan tidak lagi menyambung subsidi tersebut kerana objektif awal adalah untuk membantu golongan terkesan dengan pandemik covid19. Hanya subsidi minyak masak kampit sahaja akan diteruskan.

Janganlah mudah terpengaruh dengan kenyataan yang bersifat dan berniat buruk terhadap kerajaan dan janganlah menyebar kenyataan yang tidak benar.

PM Ismail Sabri meletakkan keutamaan rakyat sebagai seorang bapa menjaga sebuah keluarga.

‘Keluarga Malaysia’

No comments

Ads Place