Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Pelabur Bukan Menunggu Pilihanraya Umum

Samada pelabur domestik, pelabur sedia ada dan pelabur baharu, kesemuanya tidak menunggu selepas pilihanraya umum untuk membuat keputusan ya...


Samada pelabur domestik, pelabur sedia ada dan pelabur baharu, kesemuanya tidak menunggu selepas pilihanraya umum untuk membuat keputusan yang penting bagi halatuju perniagaan mereka.

Kunci kejayaan sesebuah perniagaan berskala kecil atau besar yang mampu memberi impak kepada organisasi mereka adalah sebuah keputusan yang tepat. Sekiranya silap langkah maka risiko kerugian terpaksa ditanggung malah kesan yang paling ditakuti adalah organisasi mereka gulung tikar. 

Seluruh dunia dilanda wabak covid19 dan tidak kesemua negara telah melangkah ke fasa endamik. Masih ada lagi negara yang sedang bergelut untuk bangkit kerana virus covid19 masih menggila dan paling teruk ada negara yang memasuki era fasa endamik namun dilihat terkial-kial untuk bangkit kembali. 

Malaysia antara negara di rantau Asia yang boleh dikatakan beruntung kerana mampu bangkit mengikut perancangan yang disusun rapi oleh kerajaan. Walaupun kerajaan bersifat campuran tetapi YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri berjaya memimpin negara dengan baik. 

Bukan suatu tugas yang mudah untuk meletakkan semula ekonomi rakyat dan negara di tempat yang sepatutnya setelah apa yang berlaku akibat virus yang membunuh itu. Kerjasama semua pihak termasuk dari parti politik blok pembangkang juga perlu supaya negara tidak memasuki kancah ‘sibuk berpolitiking’ yang boleh menyebabkan keadaan negara tidak stabil. Mana-mana negara yang sibuk ‘berperang politik’ maka natijahnya amat buruk sehinggakan ada negara yang muflis sebaik sahaja angka jangkitan virus covid19 mulai melandai.

Bagaimana perniagaan kecil atau besar ingin bangkit dari kesan pandemik kalau negara kucar-kacir dan pemimpin asyik mengadu domba demi kuasa?

Bagaimana kita menarik pelabur asing sekiranya setiap hari di dada akhbar, di mulut politikus dan kenyataan pemimpin politik hanya berkisar kepada pembubaran parlimen? Kita sendiri menyampaikan mesej tidak betul kepada pelabur seolah negara kini tidak stabil.

Pelabur sedia ada bakal meninggalkan negara sekiranya keyakinan mereka terhadap kerajaan yang memerintah luntur dan pelabur baharu juga tidak akan menaruh minat untuk datang melabur.

Ini bukannya masa ‘ayam atau telor yang datang dahulu’, stabilkan kerajaan terlebih dahulu atau pilihanraya umum dahulu tetapi ini adalah masa Malaysia perlu bangkit segera. 

Rakyat masih perit akibat trauma pandemik covid19 dan ekonomi negara baharu saja mula bangkit maka perkara utama untuk semua pemimpin politik adalah menyakinkan rakyat supaya bergandingan bahu menaikkan kembali ekonomi negara di mata dunia dan ianya bermula dari blok pemimpin politik.

“Walk the talk” dan jangan perjudikan nasib rakyat dan negara di tangan manusia yang mempunyai cita-cita peribadi yang gila.

Kepada UMNO BN, serahkanlah kepada kebijaksanaan YAB Perdana Menteri dan Top 5 UMNO dalam isu menentukan tarikh pilihanraya umum kerana mereka akan meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan peribadi.

No comments

Ads Place